Modifikasi

TOYOTA LE LIMITED

Pagi itu, saya dan Baharuddin bangun dengan mata yang pedih sebab dikejutkan oleh Rudy Santiago yang sudah sampai di lobi hotel Promenede, Tawau, Sabah. Tawau ialah daerah yang terletak sejam lebih perjalanan ke Lahad Datu, tempat berlakunya krisis pencerobohan tentera Sulu baru-baru ini. 

DSC_0162

Tetaapi macam tidak ada apa yang berlaku. Budak-budak main kereta bukan main  seronok apabila tahu kami ada di sini. Apa tidaknya, pukul 8 pagi lagi sudah tercegat di Kompleks Sukan Tawau.

Secara ringkasnya, bagi saya Tawau ialah sebuah bandar yang best. Tidak terlalu maju, relaks, tak ada kesesakan jalan raya, makanan sedap dan banyak tempat boleh pergi melawat. Tetapi kalau anda jenis yang biasa dengan gaya hidup sibuk di Kuala Lumpur, baik bersedia menghadapi kejutan budaya.

DSC_0169

Ini merupakan kedatangan kali ketiga kami ke sini. Kali terakhir datang pun tiga tahun lepas. Lama betul tak datang. Seperti biasa, kami disambut oleh Rudy Santigo a.k.a Majid, Zul Ketam a.k.a Jefry dan Zikri. Mereka masih seperti dulu kecuali Rudy  kini telah menjadi pemain golf profesional. Saya sebenarnya tidak berapa yakin sebab ada ke kayu saiz dia?

Toyota LE milik Mohd Tabran B. Dimeng yang dulunya memang suka LE. Sebelum ini, dia ada sebuah LE berwarna kelabu. Kereta itu sudah dijual dan sekarang dia masih pandu LE juga. Nampak? Nampak? Inilah die hard fan Toyota.

DSC_0185

Kereta berwarna biru ini dipasangkan dengan enjin 4AG Black Top keluarga terakhir yang kini hanya tinggal sejarah sebagai salah satu kehebatan ikon 1990-an. Walaupun telah berkurun dihentikan produksinya, enjin kereta ini masih boleh didapati dengan mudah di laman web mudah.my.

Ramai orang jual dan banyak kedai half-cut bawa masuk. Salah satu sebabnya ialah enjin ini diguna pakai pada  banyak kereta JDM. Pilih sahaja spesifikasi mana yang anda mahu. Oh ya, enjin pada LE ini ialah versi Levin AE101 yang datang dengan transmisi automatik.

DSC_0190

Tabran memasang cam Toda durasi 272 inlet dan 288 ekzos. Saya rasa orang Semenanjung pun belum tentu tahu mana nak cari cam 4AG. Namun, di negeri yang mana Toyota ialah kereta kebangsaan mereka, modifikasi enjin sebegini bukanlah susah sangat.

4 throttle terbuka enjin ini mendapat suapan udara terus dengan penambahan pam bahan api Bosch dan ECU yang dinaik taraf kepada TRD. Ekzos pula didatangkan dengan manifold RSR, paip 2.5 inci dan peredam bunyi Blitz.

DSC_0168

Set suspensi dipertingkat kepada jenis boleh laras Buddyclub di setiap sudut. Breknya pula terdiri daripada brek AE111 twin pot untuk roda hadapan dan single pot belakang jenis ventilated. Pad brek keempat-empatnya guna jenama Endless.

Benda paling ‘king’ pada kereta ini bukannya enjin atau kereta, tapi rim. Rim SSR SP1R Professor adalah kegemaran peribadi saya, lebih daripada rim TE37 dan CE28 (kecuali Genesis). Spesifikasinya pun lain-lain. Depan 17 X 7.5 dan belakang 17X8.5. Tayar Nankang bersaiz 215 depan dan 225 belakang.

DSC_0183

Bahagian dalaman mendapat sepasang seat Bride yang nampak kusam, tetapi itulah Bride original. Sekarang punya banyak Bride yang cap ayam jangan tak tau. Tempat duduk belakang pulak diambil daripada model AE111 Levin 2 pintu.

Apa yang paling pelik mengenai reka bentuk dalaman kereta ini ialah papan pemukanya yang yang diambil daripada AE86. Rupa-rupanya papan pemuka  Hashiroku lebih pendek berbanding AE82/80. Bukan senang nak pasang dan hasil akhirnya nampaklah begini. Nasib baik jurugambar pandai, maka tak nampak sangatlah kekurangannya.

DSC_0181

Kereta ini juga tidak kalah sistem audionya. Pemain utamanya ialah Kenwood, pre-amp Caliber, pembesar suara Kenwood dan sepasang sub woofer Kicker dalam but belakang. Bunyi audio saya tidak cuba kerana bunyi enjinnya lagi sedap.

Bahagian luar juga mengalami perubahan yang pelik sebab kosmetik depannya bercampur daripada beberapa model Toyota. Kepala depannya asal AE82GT, tapi lampu dan gril tengahnya daripada AE86. Bampar pulak daripada model AE92. Lampu belakang AE82GT dengan trim bonet dan spoiler getah belakang yang memang payah nak jumpa. Kurang satu benda sahaja kereta ni, skirt sisi.

DSC_0161

Secara keseluruhannya, saya nampak LE ni kemas dan cantik. Mungkin sebab dah lama sangat tak tengok LE. Tenung lama-lama, memang warna biru elektrik dan rim SSR tu yang buat jentera ini outstanding.

[hr] Spesifikasi

Model: Toyota Corolla LE / 1985

Enjin: 4AGE 4 throttle black top, Toda cam 272/288, oil cooler Greddy, NGK plug, fuel pump Bosch, ECU TRD, ekzos RSR manifold, paip 2.5 inci,    muffler Blitz

Transmisi: Automatik

Suspensi: Buddyclub boleh laras (adjustable)

Rim: SSR SP1R Professor (hadapan) 17 X 7.5  Belakang 17 X 8.5

Tayar: Nankang 215/45 depan 225/45

Dalaman: Papan pemuka AE86, tempet duduk hadapan Bride depan, belakang AE111, timer HKS, unit audio Kenwood, pre-amp Caliber, wooger Kicker.

Luaran: Panel depan AE82 GT + AE86 + AE92 Levin, belakang AE82GT + spoiler.

Warna: Electric Blue

[hr] Galeri

 DSC_0163DSC_0164DSC_0165DSC_0166DSC_0167DSC_0171DSC_0172DSC_0177DSC_0180

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button