TOYOTA VELLFIRE G’S SPORT- KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

vellfire-GS-2.jpg
SHARE

Baiklah, saya pun tak tau nak mula artikel ni dari mana. Nak tengok dari sudut JDM? Nak ulas dari segi prestasi? VIP? Bentong-Karak-Raub? Bukan?

OKlah. Kita bincang dari segi keseluruhan; bagaimana sebuah MPV sebesar bas mini ini boleh jadi people mover yang laju dengan sifat JDM sebenar.

Toyota Vellfire adalah sebuah model MPV yang sangat berjaya. Ketika diperkenalkan pada 2008, generasi pertama yang dikenali dengan kod ANH20 (bersama Alphard) cuma bertanding dengan Nissan Elgrand E52 (yang kecundang akhirnya).

BACA – MPV MAMPU MILIK- SPACE WAGON

BACA – ESTIMA TCR11, JDM STYLE

Seperti yang boleh kita jangka, model 2.4Z dengan enjin global 2AZ-FE adalah yang paling popular berbanding model 3.5Z GGH20.

Enjin yang sama pada Camry dan Harrier ini, telah memasuki fasa akhir di mana kotak gear 7 kelajuan jenis CVT dipasangkan. Walaupun atas kertas ada 170hp, ia tetap sebuah enjin yang lemau.

Vellfire memang direka untuk keperluan keluarga, bukan untuk anda pergi berlumba. Saya yang berhijrah dari RB1 kepada ANH20 pun rasa nak menangis masa mula-mula menyesuaikan diri dengan MPV ni.

vellfire-gs-6

Encik Mohd Asyraf Shahiruddin ada idea yang lebih baik. Beliau tidak membuang masa dengan memasang kit pengawal throttle, pemasa enjin atau aksesori dengan kesan akhir yang minimum. Jalan terbaik adalah, memasang terus sebuah sistem induksi yang lengkap.

Pilihan beliau ialah set Rotrex supercharger. Ya, supercharger tuan-tuan. Ia dijual sebagai kit tambahan yang mampu meningkatkan 20-30 kuasa kuda dengan mudah. Pasangkan saja dan tork pun boleh naik 20-30 peratus.

Pada fasa ini, Encik Mohd Asyraf Shahiruddin sudahpun boleh tersenyum lebar bila berada di lebuhraya, khususnya bila dikejar oleh kereta sport supercar paling laju abad ini – Perodua Myvi kuning Taliban.

Bila dah laju, memasang rim sebesar raksasa tidak lagi menjadi isu. Encik Mohd Asyraf Shahiruddin mula mencari rim kegemarannya jenis Volk Racing TE37. Tapi ada satu masalah.

vellfire-gs-1

Untuk saiz 20-inci, Rays tidak membuatnya untuk pasaran kereta biasa kecuali dimensi Nissan GTR. Gila nak kena widebody Vellfire ni? Kemudian beliau cuba alih perhatian kepada produk replika Thailand. Memanglah ada yang 20 inci, tapi hub 6-lubang untuk trak pikap.

Sebelum dicop gila kerana mengubahsuai hub 5 kepada 6, beliau terus berusaha. Tak mau pakai rim selain TE37 katanya, sehinggalah beliau terjumpa sesorang yang boleh mendapatkan rim tempahan khas.

Kalau anda biasa dengan Rays Engineering, mereka memang menerima tempahan rim dimensi custom. Tinggal sediakan duitnya sahaja.

vellfire-gs-7

Akhirnya rim yang dipesan selamat dihantar dari kilang Rays Jepun ke Malaysia. Saiz 20X8.5 depan, 20X9.5 belakang dengan offset +36 dan saya rasa Encik Mohd Asyraf Shahiruddin saja yang pakai rim spesifikasi khas ni di Malaysia. Harga jangan tanyalah. Boleh menyebabkan kemurungan sepanjang hari.

Rim ini dipasangkan dengan tayar Yokohama Advan Sport V105 bersaiz 245/40ZR-20 di keempat-empat sudut. Gabungan rim dan tayar ini memberi bentuk baru yang memaksa kereta direndahkan.

Setelah mencuba pelbagai jenis suspensi bolehlaras yang menyebabkan anak dan isterinya bermasam muka, Encik Mohd Asyraf Shahiruddin akhirnya mendapat talaan yang tepat dari set suspensi HKS Hipermax S Style L.

vellfire-gs-4

Supercharger Rotrex + rim besar + lowered, adalah resepi terbaik untuk berdiri menekan brek. Jangan buat pasal. Untuk itu, Encik Mohd Asyraf Shahiruddin telah menukar set brek asal kepada angkup AP Racing yang dibeli baru dari ST Wangan. Sama macam rim, harga brek ni pun boleh menyebabkan Abang Japar termenung sepanjang hari.

Puas sudah hatinya, sekarang giliran memilih make-up yang sesuai untuk bahagian luaran. Vellfire memang ada banyak kit badan yang boleh dipasangkan. Antara yang popular ialah ZG facelift dengan kit Modellista, Aerotourer, TRD atau G’s Sport.

Dari sebuah model Z Platinum yang agak suram, Encik Mohd Asyraf Shahiruddin telah memadankan kit versi G’s Sport yang merupakan varian talaan kilang paling sporty yang boleh dibeli.

vellfire-gs-3

Ia kemudian dimeriahkan dengan kemasan gentian karbon, terdiri dari hood karbon Kevtec, serta saduran karbon fiber custom pada fender, lip, diffuser, cermin sisi dan spoiler belakang.

Bahagian dalaman pula disalin sepenuhnya dengan spesifikasi G’s, termasuk tempat duduk jenis pilot spesifikasi ZG, model terakhir ANH20 keluaran 2014.

Gembira? Sudah tentu, namun Encik Mohd Asyraf Shahiruddin berasa masih ada yang kurang bila kereta ini kerap berulang alik dari Raub ke KL. Ya mesti upgrade lagi, baru boleh panjat Bukit Tinggi dan Genting Sempah sambil melambai-lambai kepada supercar setaraf GTR iaitu Toyota Vios yang sentiasa menyalakan lampu kabus belakangnya tanpa sebab.

vellfire-gs-5

Rombakan semula telah dibuat kepada enjin dengan memasang rod penyambung jenis forged, omboh CP bersaiz 88.5mm serta proses port & polish di bahagian kepala silinder.

Sistem supercharger juga dipertingkatkan dengan pemasangan pulley buatan khas yang lebih besar untuk tekanan boost lebih tinggi. Turut dipasang, injap pelepas Turbosmart, injektor tambahan, penapis udara K&N dan sebuah intercooler Blitz yang sepatutnya untuk kereta Skyline.

Cukup tak setakat ni? Entahlah, spec macam nak masuk MSF dah ni. Kalau jumpa tengah malam, lebih baik bagi laluan. Malu nanti nak cerita dengan kawan kalau kalah ngan MPV…

BACA – MODIFIKASI MPV MITSUBISHI GRANDIS RALLIART

BACA – IDEA RESTORASI ESTIMA KLASIK

 

Share this post