TYPE-R FK8? BUKAN, INI FD2R, LEJEN TYPE R JDM DENGAN KONSEP KARBON!

SHARE

Ura-ura yang mengatakan model lagenda Civic Type-R akan dihentikan, meleset teruk apabila Honda mengambil keputusan, memperkenalkan model generasi ke-5 FK8-R.

Walaupun falsafah rekaannya dah jauh menyimpang, kuasa yang ditawarkan cukup mengagumkan hingga mampu mencatat rekod FWD terpantas di litar Nürburgring.

Macam telefon bimbit, pengenalan model baru bukan bermakna yang lama tak bagus. Masih ramai yang percayakan kehebatan model terdahulu seperti Civic FD2R, walaupun usianya kini sudah mencecah 10 tahun.

BACA: CIVIC FD2R TALAAN FEEL’S

Populariti model ini turut menarik minat barisan pengeluar komponen ternama menghasilkan sesuatu untuknya. Itu yang jadi seronok. Kalau baru keluar showroom dah sibuk nak bikin, itu tokey beras namanya.

Kerana ingin menjadi Type R, Syed telah merombak semula kereta ini untuk kelihatan ranum di mata masyarakat. Asasnya menggunakan kit badan lengkap Civic Mugen RR, sebelum diserikan dengan komponen jenis karbon fiber di sana-sini.

Sampai satu tahap, timbul pulak idea nak bikin karbon semua. Maka mana-mana komponen yang boleh tanggal telah dihantar untuk proses salutan karbon, mirip kepada jentera Mugen RR Advanced Concept.

BACA: TYPE-R YANG KURANG DIKENALI DC2R

Kehensemannya ditambah, dengan pemasangan spoiler GT karbon fiber dari Mugen, termasuk unit sunroof di bahagian bumbung. Bagi kurangkan masalah tompok-tompok, bahagian yang tak boleh nak ditanggal telah dibalut dengan stiker berwarna hitam. Tak padan nak hantar cat katanya…

Untuk menjadi Jenis R sebenar, kedudukan enjin asal telah disandarkan pada tepi tiang workshop dan diganti dengan enjin K20A Type R.

Tak cukup dengan tu, Syed turut menggantikan blok asal dengan blok K24A dari Odyssey Absolute. Bagi memastikan ia boleh digasak, keseluruhan piston telah ditukar kepada set piston berprestasi tinggi dari Wiseco.

Bekalan udara dibawa masuk dari kit induksi, yang mengandungi sebuah penapis udara dan paip ram karbon fiber dalam satu pakej. Ia akan bercampur dengan petrol yang dihantar oleh pam petrol Walbro, terus ke set injektor 310cc.

BACA: CIVIC TYPE R FK8 BOLEH PAKAI RON 95?

Bagi memastikan kadar letusan yang sempurna, proses ini perlu ditala semula menggunakan perisian dari Hondata.

Kotak gear manual 6 kelajuan Civic FD2R yang digunakan, dipertingkatkan kecekapannya dengan set klac dari Ogura Racing.

Mengakhiri proses naik taraf ini adalah binaan sistem ekzos baru menggunakan paip kustom 2.7-inci dengan muffler berkembar Akrapovic. Karbon lagi!

Jengok ke ruang roda, nampaknya ada dua set rim yang Syed gunakan. Kedai kasut sukan yang dia pegi kehabisan stok agaknya. Depan pakai Enkei RPF1 kaler silver, manakala belakang dihiasi rim jenis WedsSport TC105N.

Di sebalik rim-rim bersaiz 17-inci ini, tersemat set brek gigit Brembo untuk kuasa hentian. Memastikan jentera ini mampu dikawal dengan sempurna, sistem gantungan telah diperkemaskan semula mengunakan set suspensi rekaan FTuned Suspension. 

Obsesi Syed terhadap karbon tidak terhenti setakat luar jer, malah ruang dalaman juga mengenakan konsep yang sama.

Selain salinan komponen Civic FD2R, mana-mana panel boleh cabut telah digantikan dengan kit karbon fiber.

Kemudian ada panel meter Mugen RR, sepasang tempat duduk Bride Illest dengan harness Takata, serta balutan fabrik Bride untuk tempat duduk belakang.

Tersembul di tengah papan pemuka adalah 3 buah meter Defi untuk tujuan pemantauan, diikuti tambahan unit paparan gear Ultra dan Defi ZD.

Secara halus, komponen karbon fiber kini tidak hanya digunakan untuk mengurangkan berat, tapi juga untuk tujuan kosmetik.

Atas usaha Syed yang tak penat-penat, kereta ini pernah memenangi kategori Best Carbon Fiber di acara CFDC Mega Gathering yang telah berlangsung baru-baru ini. Tengok pun tau kenapa…

-PAK MAUN-

GALERI

 

Share this post

scroll to top