Modifikasi

VERSATILITI TOYOTA HILUX

Kalau dibandingkan dengan teknologi, inilah trak pikap paling kuno dalam pasaran. Model dah keluar sejak tahun 2003 lagi. Baru tahun ini datang dengan model serba baharu.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (8)

Sebelum itu, Toyota Hilux hidup dengan model-model facelift sahaja. Kalau hendak dibandingkan dengan trak pikap lain saingannya seperti Mitsubishi Triton (daripada Storm L200 kepada Triton) Nissan Navara (daripada Frontier kepada Navara), D-Max (sudah 2 generasi) Ranger (dari Ranger sohai kepada T6)  lihat berapa banyak perkembangan yang dimajukan.

Namun Toyota masih kekal dengan pembaharuan kecil sahaja (untuk model lama). Ajaibnya, inilah trak paling laku di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (4)

Ia digunakan di Asia dan oleh pejuang di negara-negara Asia Barat. RELIABILITI  adalah tonggak utama meletakkan Hilux di depan. Ada tengok orang bawa Ranger masuk hutan cari balak? Kalau ada pun mesti dah convert enjin Toyota agaknya.

Hilux sekali lagi di depan dengan resepi Toyota iaitu SIMPLE. Buat kenderaan untuk fungsi asas, tak payah macam-macam sangat. Sedangkan,  perintis pikap trak ialah Toyota sendiri. Orang putih kata workhorse, tak payah gajet-gajet semua tu buat apa nak masuk hutan.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (11)

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fungsi trak pikap sudah lebih versatil. Tak banyak yang jejak tanah dan lumpur. Ramai pemiliknya hanya pandu di bandar, dipandu setiap  hari dan versi automatik mula mengambil alih pasaran.

Nah. Apabila pasaran berubah, selera orang nak buat modifikasi juga semakin bertambah. Daripada hanya  menukar bampar besi, winch, absorber tinggi dengan lift body, sekarang arahnya lebih kepada kelajuan. Sudah mula guna turbo, set paip intercooler kit, ekzos, ECU dan bermacam-macam lagi.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (5)

Wan Fajarul merupakan antara pelopor industri komersial di Kota Bharu Kelantan dalam bidang modifikasi trak pikap. Sumbernya sudah tentu dari Thailand yang industri trak dan minyak dieselnya sangat maju.

Mereka menghasilkan banyak produk berbanding mana-mana negara di dunia. Hingga ke hari ini, kualiti produk mereka tidak perlu dipersoal. Tak macam produk China, mereka boleh buat sebaik buatan Jepun.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (7)

Trak ini adalah sebahagian daripada demonstrasi cari makan Wan. Permulaannya, trak pikap ini disolek dengan rim 20 inci. Rim reka bentuk TE37 daripada pengeluar Cosmis dengan diameter tepatnya 20 X 9.5 di depan dan 10.5 di belakang.

Semua rim dibalut dengan tayar Nitto 420s yang merupakan spesifikasi HT. Tak jumpa lah pula kalau dibuat dek orang tayar AT untuk rim 20 inci. Siapa nak guna? Hummer?

Toyota-Hilux-mod-mekanika (18)

Enjin ditingkatkan dengan perkakasan bolt-on. Satu perkara menarik tentang diesel turbo ialah potensi kuasa sebenarnya yang disimpan oleh pengeluar. Enjin-enjin ini dibina untuk hasilkan tork pada rpm rendah.

Logiknya, kalau anda nak redah jalan hutan, guna 4WD, tork pada putaran rpm rendah sangat penting. Benda ini kena hack oleh kaki lumba dengan menggunakan ECU piggyback. Unichip ini antara yang popular, menukar karekter enjin untuk panjangkan lengkok rpm tadi.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (2)

Selain ECU, intercooler set asal yang kecil diganti dengan kit Greddy lebih besar tapi tidaklah ketara. Penapis udara BMC dipasang dan boost ditingkatkan kepada 30psi. Akhir sekali, sistem ekzos HKS lengkap dipasang.

Set suspensi dinaik taraf dengan Amada jenis hi low soft hard boleh laras. Ini penting sebab ruang arca roda Hilux memang sempit. Memang kena angkat sikit untuk bolehkan tayar diputar habis.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (14)

Lagi satu, rim dengan golekan yang besar ini ada rintangan pemberhentian yang tinggi. Jadi, brek asal digantikan dengan AP RACING,  Tspec rotor di depan dan BREMBO bersama Tspec Rotor di belakang.

Bahagian dalam tak serupa trak tokey construction pun. Kerusi depan digantikan dengan Recaro Thailand, SPJ FLANKER. Papan pemuka dan kemasan pintu ialah versi TRD yang lebih gelap. Aksesori lain ialah Defi Sport NV, Zoom mirror carbon serta sistem audio yang terdiri daripada pemain Kenwood dan woofer/ speaker Epsilon.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (6)

Saya pun dah lupa berapa kali Hilux sudah bertukar wajah. Tapi ini yang ketiga dan sedikit istimewa sebab Wan pilih untuk menggunakan wajah Fortuner facelift terkini bagi versi TRD. Nak bagi nampak lagi sukan, bonet depan digantikan dengan jenis Carbon dan spoiler belakang cab itu direka oleh Monza.

Dulu saya ingatkan musim trak pikap sekejap sahaja. Tapi nampaknya trend ini makin berkembang. Salah satu sebab, kalau anda bandingkan harga kereta dengan trak, memang trak lagi murah sebab cukainya rendah.

Toyota-Hilux-mod-mekanika (15)

Guna di bandar pun tak jadi masalah sebab bukan semua orang mampu nak beli SUV, walaupun suka bawak kereta tinggi. Lagi satu, enjin diesel memang jimat kalau bandingkan dengan petrol. Power pun sedap, selamat pun selamat.

Cuma satu sahaja saya nak pesan. Kalau nak bagi bini bawa, pastikan mereka dah lulus bawa kereta saiz Estima. Kalau tak memang bahayakan orang lain. Saya  merempit berapa kali nak kena sodok dengan trak pikap. Masa saya bawa pikap tak ada pula pikap nak datang sodok?

Toyota-Hilux-mod-mekanika (12)

Adakah ini gara-gara GST?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button