10 PELUMBA MOTOGP TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

SHARE

Kejuaraan MotoGP memang sudah diakui sebagai medan untuk mencari pelumba terbaik di dunia. MotoGP bagaikan sebuah sekolah perlumbaan motosikal di mana anda bermula dari kelas bawah iaitu Moto3 sebelum naik ke Moto2 dan akhir sekali MotoGP (dulu dikenali mengikut kapasiti motosikal, 125cc, 250cc dan 500cc).

Di sini kami senaraikan 10 pelumba MotoGP terhebat di dunia. Kami cuba sedaya upaya untuk membuat pilihan yang paling adil kerana ramai antara kami di Mekanika ni yang meminati pelumba yang berbeza. Setengahnya bukan minat pelumba tapi lebih minat kepada jenama motor itu sendiri. Mana yang pakai Demak awal-awal dah cabut pergi kedai mamak.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

10-mike-hailwood

10. MIKE HAILWOOD

Kelahiran British yang berlumba pada tahun 1958 hngga 1967. Mike dikenali sebagai seorang pelumba yang tenang. Beliau tidak akan bercakap dengan kasar ataupun membuat isyarat tangan jika tidak puas hati seperti pelumba masa kini.

Tetapi untuk membuat perbandingan yang adil juga agak mustahil kerana teknologi dan keadaan sosio masa itu berbeza dengan masa kini.

Tidak pernah ada pelumba yang bersara selama 11 tahun, kembali berlumba dengan motosikal underdog tetapi masih mampu mencatat kemenangan perlumbaan yang paling mencabar. Itulah Mike Hailwood, pelumba motosikal lagenda (bukan Yamaha Lagenda, jangan salah faham)

09-dani-pedrosa

9. DANI PEDROSA

Pedrosa selalu mencuba sedaya upaya untuk menang dan beliau akan menang tetapi sebaliknya bila beliau kalah, beliau akan ditimpa kecederaan yang agak teruk. Sekaligus akan menggugat peluang beliau untuk berlumba.

Inilah sebabnya Pedrosa tidak pernah menjadi juara dunia. Seorang pelumba yang baik dan pantas tetapi nasib selalunya tidak menyebelahi beliau. Jika beliau jadi juara musim mungkin kami boleh letakkannya pada kedudukan lebih tinggi.

08-kevin-schwantz

8. KEVIN SCHWANTZ

Kalau anda mengikuti perkembangan MotoGP dari zaman Hail Amir, nama Kevin Schwantz sudah tentu jadi “trademark” bersama Suzuki RGV.

Lelaki yang tidak pernah kenal erti kesakitan. Beliau pernah memenangi perlumbaan dengan tulang yang patah dengan bantuan ubat penahan sakit. Seorang pelumba yang cukup bersemangat dan wajar dihormati.

Tunggangan beliau kelihatan sedikit senget akibat kecederaan lampau tetapi itu tidak menghalang beliau untuk terus berlumba. Beliau cuma menjadi juara dunia selama setahun tetapi mempunyai koleksi kemenangan yang banyak. Inilah Rossi versi akhir 80-an.

ETAI 137A

7. WAYNE RAINEY

Bukan Wayne Rooney tau. Wayne Rainey adalah pelumba fenomena pada zaman beliau. Siapa yang tak kenal Rainey dengan jentera Yamaha livery Marlboro tu memang kodi habis. Beliau pernah memenangi GP500 sebanyak tiga kali dengan menggunakan motosikal yang sederhana powernya .

Tidak ada pelumba lain yang pernah melakukannya. Berikan motosikal beliau kepada pelumba lain rasanya nak menang sekali pun mustahil.

Rainey bersaing dengan ramai pelumba terbaik pada zaman itu dan menang. Inilah yang dikatakan pejuang sebenar dan akhirnya menjadi juara dunia. Beliau berusaha dengan gigih untuk menjadi juara tetapi malangnya mengalami kemalangan diakhir karier.

06-jorge-lorenzo

6. JORGE LORENZO

Sepatutnya diberikan kedudukan yang lebih baik tetapi undian sesama kami membuatkan beliau berada di kedudukan ini. Seorang pelumba yang amat laju.

Beliau juga memegang rekod sebagai pelumba Sepanyol terbaik. Gaya beliau memang tidak dapat ditandingi pelumba lain begitu juga dengan kelajuan beliau.

Kedatangan beliau ke MotoGP mengejutkan pelumba ternama lain khususnya musim 2012 bila beliau telah berjaya mengalahkan Casey Stoner, Valentino Rossi dan musuh ketat beliau Dani Pedrosa.

05-giacomo-agostini

5. GIACOMO AGOSTINI

Otai perlumbaan motosikal suatu ketika dulu dan mempunyai koleksi kejuaraan yang cukup banyak sejak berlumba pada tahun 1964 hingga 1977. Mungkin tidak adil untuk membandingkan beliau dengan pelumba masa kini kerana teknologi kejuruteraan motosikal sudah banyak berubah.

Ramai menyangkakan beliau menang kerana menggunakan motosikal yang terbaik tetapi bila beliau bertukar kepada Yamaha 2-lejang dan masih menang sudah cukup untuk membuktikan kehebatan beliau. Pelumba kelahiran Itali ini digeruni dalam kelas 350cc dan 500cc.

04-mick-doohan

4. MICHAEL DOOHAN

Lebih dikenali dengan nama Mick Doohan. Mike hampir terbunuh dalam kemalangan pada peringkat awal penyertaan tetapi bangkit semula selepas itu dan memenangi lima kejuaraan dunia. Sesuatu yang memang tidak mampu dicapai oleh orang biasa.

Beliau mempunyai keberanian yang luar biasa dan dibantu pula oleh motosikal yang baik. Siapa yang tak ingat Honda NSR500 Repsol tak payah cakap pasal motor, baik kau sembang pasal LRT.

03-marc-marquez

3. MARC MARQUEZ

Seorang pelumba yang bijak dan selamba. Beliau dikatakan akan penjadi pengganti Valentino Rossi. Beliau juga muda dan berbakat dan pada usia sekarang beliau seolah-olah tidak mempunyai rasa gentar sewaktu berlumba.

Marquez juga cukup tenang membuktikan yang beliau sudah semakin matang. Beliau juga menunggang dengan penuh minat dan tidak mustahil suatu hari nanti beliau mampu mengatasi pencapaian Rossi dan Stoner.

Buktinya, Rossi dan Stoner tidak mampu melakukan apa yang telah dilakukan oleh Marquez dengan menjadi pelumba paling muda memenangi pusingan MotoGP, beliau juga memenangi perlumbaan pada musim pertama penyertaan.

Marquez juga telah memecahkan rekod pusingan paling laju di setiap litar selain pernah memenangi Moto2 dan Moto3 walaupun bermula dari petak paling belakang. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rossi ataupun Stoner.

02-casey-stoner

2. CASEY STONER

Pelumba ini mampu menunggang di luar kebiasaan pelumba lain. Gaya tunggangan beliau dengan motosikal Ducati memang tidak mampu dilakukan oleh semua penunggang lain dalam senarai ini. Dia lah sebenarnya pelumba yang semua pasukan mahukan.

Prestasi beliau sewaktu menunggang Honda pada musim 2011 sekaligus merangkul kejuaraan dan kemampuan menunggang secara sideway di selekoh memang cukup menakjubkan. Lebih-lebih lagi beliau juga mampu melakukannya dalam keadaan litar basah.

Stoner mempunyai kelebihan untuk mencuri masa 0.5 saat menggunakan teknik unik beliau sewaktu menunggang. Stoner mungkin bukan pelumba paling berkarisma tetapi beliau adalah pelumba MotoGP yang paling laju. Berikan beliau masa beberapa tahun lagi dan tidak mustahil beliau mampu mengatasi kedudukan The Doctor.

BACA – DUCATI 1299 ANIVERSARIO EDISI TERHAD

BACA – BABY PANIGALE, DUCATI SUPERSPORT

Beliau mempunyai kemampuan untuk mengawal motosikal dengan lebih baik berbanding sistem elektronik yang kompleks pada motosikal MotoGP sekarang ini. Kawalan beliau terhadap motosikal khususnya kawalan pendikit dan teknik agihan berat memang diakui sendiri oleh Nakamoto, timbalan presiden Honda Racing.

Jika Rossi perlukan motosikal yang sempurna dan baik untuk memenangi perlumbaan, Stoner boleh memenangi perlumbaan dengan motosikal yang mempunyai kualiti yang lebih rendah. Beliau boleh memaksa sesebuah motosikal untuk berfungsi melebihi kemampuan sebenar motosikal tersebut.

01-valentino-rossi

1. VALENTINO ROSSI

Dan di tempat pertama, tak lain tak bukan, VR46. Jika anda sedang memangku bayi anda sambil menonton MotoGP kami percaya bayi anda akan terpaku menyaksikan motosikal nombor 46 sedang beraksi.

Tidak mustahil bayi anda itu akan membulatkan tekad dan cita-cita untuk turut berlumba dalam MotoGP suatu hari nanti seperti Valentino Rossi yang juga diberi gelaran ‘The Doctor’.

Tidak ada pelumba lain yang mempunyai semangat yang tidak pernah pudar, bertenaga, sentiasa positif, rendah diri dan mampu memukau setiap orang seperti beliau.

Rossi sendiri mula berlumba sejak dari usia kanak-kanak sebelum menyertai perlumbaan GP pada usia belasan tahun. Sewaktu anak-anak kita di Malaysia dipaksa ke pusat-pusat tuisyen seawal darjah satu (demi kehendak ibubapa yang mahukan anak mendapat 5A UPSR), Rossi sudah mula berjinak-jinak dengan motosikal. Beliau tahu apa yang beliau mahukan dan cukup berdedikasi dalam kariernya sebagai pelumba professional.

BACA – KRISIS ESPARGARO DAN ROSSI

BACA – ROSSI TUNGGANG M1 DI GOODWOOD

Sebenarnya jika diikutkan, terlalu banyak yang boleh ditulis tentang Valentino Rossi sampai kami tidak tahu di mana hendak bermula. Beliau seorang yang terlalu hebat dan mempunyai jiwa yang besar.

Tidak pernah sekalipun kita dengar beliau menyalahkan motosikal beliau mahupun pasukan jika beliau tewas dalam perlumbaan. Beliau cuma akan berlumba dan membuat para peminat merasa bangga.

Rossi telah menunggang secara konsisten selama dua puluh tahun di tempat teratas dan jika anda ingin melihat seorang pelumba yang mampu membuat kejutan di pusingan akhir perlumbaan, semestinya pelumba itu ialah The Doctor, Valentino Rossi, JUARA DUNIA SEMBILAN KALI MOTOGP.

 

Share this post

scroll to top