MODENAS GT128 RENTAS 12,500KM : INILAH WIRA HAJI KITA

SHARE

Masih ingat dengan projek Ride To Hajj 2016 yang dilancarkan bulan Julai? Alhamdulillah, mereka telah melengkapkan misi ke Tanah Suci Mekah dan menunaikan haji. Kumpulan kembara ini sudah pun tiba ke Malaysia dan diraikan dalam satu upacara penghargaan ringkas di Ibu Pejabat Modenas sebentar tadi.

Idea projek Ride to Hajj 2016 dicetuskan oleh bekas pelumba handalan negara, Wazi Abdul Hamid. Ia turut diserta oleh Azman Baharuddin, Meor Azhar Meor Raflan, Othman Darus dan Napiah Mohd Noor. Ia mengingatkan kita tentang kembara seorang lelaki korea sejauh 18,000km ke Jerman tidak lama dahulu.

Misi selama 45 hari merangkumi perjalanan lebih kurang 12,500 kilometer itu bermula pada 29 Julai 2016. Konvoi tiba ke Tanah Suci Mekah pada 7 September tepat pada musim haji dan melengkapkan rukun Islam kelima seperti yang dirancang.

Isuzu Dmax Desktop

Modenas telah menyumbang 5 unit kapcai GT128 dalam misi ini. Sejak dari awal tercetusnya idea oleh Wazi, mereka tidak menyangka sambutan yang akan diterima. Misi yang bermula sebagai idea spontan telah dimuat naik di laman sosial dan menerima respon yang sangat menggalakkan.

GIVI-Ride-to-Hajj-2016-mekanika (7)

Dari saat itu, Modenas telah bersetuju memberi tajaan motosikal kerana yakin motosikal mereka mampu melengkapkan misi tersebut. Seperti yang dijangka, tiada masalah besar yang dihadapi oleh konvoi ini dari saat mereka dilepaskan sehinggalah tiba ke Tanah Arab.

Ride To Hajj 2016 turut mendapat tajaan dari pihak Givi Malaysia dengan membekalkan alat keperluan aksesori kembara. Pihak kerajaan juga telah memberi sokongan di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam menguruskan hal-ehwal visa memandangkan mereka bakal keluar-masuk melintasi pelbagai negara.

Terharu sebenarnya. Kita yang sihat walafiat yang konvoi berulang alik 1000 korner lah, Krabi, Laos lah, Phuket lah, Koh Samui lah. Tapi Haji tak pergi lagi ni nak kira macamana?

 

 

Share this post

scroll to top