6 TIPS BERGUNA ELAK MOTOSIKAL ANDA DICURI

SHARE

Dalam hidup anda berapa kali dah hilang motor? Saya dah pernah hilang 2 kali. Yamaha RX-Z dan Yamaha 125Z. Sejak itu memang serik dah nak beli motor panas macam ni. Beli Modenas CT115, yakin 200 peratus tak ada sapa nak curi motor ni. Tinggal kunci di suis penghidup pun tiada masalah. Pergi masuk 7 Eleven pun boleh biar enjin hidup pencuri pandang pun tidak.

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan atau sekurang-kurang menyusahkan pencuri untuk mencuri motor anda. Melengahkan pencuri memberi peluang kepada orang kampung membelasahnya kalau tak sempat nak bawa lari.

SAMSUNG DIGITAL CAMERA

1. Kunci brek hadapan (disc lock)

Kunci pada brek hadapan sangat efektif untuk menghalang motosikal anda digerakkan khususnya jika motosikal anda mengguanakan brek cakera di hadapan (ada lagi ke motor brek drum depan?). Ianya merupakan suatu langkah pencegahan visual kerana mampu dilihat sebaik sahaja sesiapa mendekati motosikal anda.

Sebab itulaah kebanyakan pengunci cakera brek ini didatangkan dengan warna-warna yang terang sebagai langkah amaran kepada pencuri. Ada juga pengunci yang dilengkapi sensor pergerakan untuk menakutkan pencuri dan mengingatkan anda sendiri jika anda belum membuka pengunci sebelum mula bergerak. (Pernah berlaku beberapa kali kepada kami sebelum ini).

2. cable lock

2. Kunci motor menggunakan rantai atau kabel

Motosikal yang dikunci dengan  dengan menggunakan kunci brek hadapan masih boleh dilarikan jika jumlah pencuri tiga ataupun empat orang. Mereka masih boleh mengangkat motosikal anda ke dalam lori ataupun van seperti yang dilakukan oleh penguatkuasa majlis perbandaran.

Sentiasa amalkan menambat motosikal anda menggunakan rantai dengan objek-objek kekal seperti tiang lampu jalan ataupun ikatkan sekali dengan motosikal rakan-rakan anda. Ingat bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lagi.

Selain rantai besi, kabel aloi juga boleh digunakan kerana ia lebih ringan dan kukuh. Untuk memotongnya pula perlu menggunakan alat kimpalan logam yang semestinya bukan senang untuk di bawa kehulu kehilir.

3. alarm

3. Sistem penggera (alarm)

Sistem penggera berfungsi sama seperti penggera kenderaan lain contohnya kereta. Ia menggunakan alat kawalan jauh untuk mengaktifkan dan mematikannya. Ada juga sistem penggera yang dilengkapi dengan pengesan pergerakan untuk memastikan tidak ada sesiapa mengganggu motosikal anda.

Jika ada, siren akan dibunyikan untuk menakutkan pencuri dan menarik perhatian orang sekeliling. Tetapi ia ada kekurangannya, biasa pencuri yang mahir akan dengan sengaja mengusik motosikal anda sehingga ianya mengeluarkan siren amaran.

Mereka akan memerhatikan jika pemilik datang melihat motosikal itu. Proses ini akan diulang beberapa kali sehingga mereka pasti pemilik tidak berada berdekatan. Akhir sekali mereka akan mengangkut motosikal anda sekali dengan sistem penggeranya. Wassalam

Hanoi, guarded motorcycle parking

4. Pilih tempat parkir yang sesuai

Memilih tempat parkir memang sukar di bandar seperti Kuala Lumpur. Silap parkir, kena angkut dengan dewan bandaraya. Tetapi jika ada pilihan, pilih tempat parkir yang selalu ada orang lalu lalang dan terang. Contohnya di depan restoran tempat anda selalu menjamu selera, ataupun di lobi hotel tempat anda menginap.

Kita kena ingat yang motosikal ini bukannya benda kecil yang kita boleh sembunyikan di tempat-tempat sulit. Selain daripada itu kita juga kena ingat yang pencuri biasanya sukakan privasi. Mereka biasanya tidak bertindak di tempat-tempat awam.

5. parking garage

5. Bertindak bijak

Pencuri-pencuri mahir biasanya bertindak bijak. Mereka akan terlebih dahulu membuat kerja rumah (home work lah, bukan cuci rumah). Contohnya mengikut anda pulang ke rumah dan memerhatikan kebiasaan anda seperti cara anda menyimpan motosikal anda.

Jika anda mempunyai pintu pagar ataupun garaj yang bertutup, pencuri masih mampu memotong ataupun mengumpil mangga keselamatan anda. Satu cara yang berkesan ialah meletakkan motosikal anda di hadapan kereta anda. Pastikan adalah sesuatu yang mustahil untuk mengeluarkan motosikal anda tanpa mengalih kereta anda terlebih dahulu. Bijak bukan? Ataupun tambatkan sekali lagi dengan rantai ke bahagian hadapan kereta anda.

IMG_9603

6. Tips rahsia tambahan

Ini satu langkah terakhir dan paling nekad. Sehingga hari ini kami telah amalkan dan terbukti sangat berkesan. Kalau rasa nak viralkan pun silakan untuk memerangi pencuri-pencuri yang bermaharaja lela sekarang ini. Caranya ialah dengan membeli ataupun menggunakan motosikal yang kurang bernilai ataupun langsung tak ada nilai sampai rosak pun orang tinggal tepi jalan.

Antara model pilihan kami ialah motosikal Demak, JRD (bukan sport rim keluaran JRD tau), MZ, Sym dan macam-macam lagi yang memang biasanya pakai setahun dua dan kondem. (Setakat ni MZ Moskito yang saya beli dengan harga RM800 bawa pergi ke masjid dengan kunci tertinggal pun tak ada orang ambil….sedih tau)

Inilah enam tips yang sangat berguna untuk mengelak kecurian motosikal. Ingat sikit bukan senang hendak buat pinjaman motosikal pada zaman gawat ni. Tipu slip gaji pun belum tentu lepas. Kalau hendak lagi selamat, gunakan kesemua tips yang diberi oleh kami untuk melindungi motosikal kesayangan anda.

Bagi yang pemalas macam kami, tips nombor enam sudah lebih dari cukup. Ia ibarat ketua bagi segala jenis tips yang ada di muka bumi ini.

 

 

(Visited 1,780 times, 910 visits today)

Share this post

scroll to top