7 MOTOSIKAL YANG DITUNGGU RAMAI PADA TAHUN 2019

SHARE

Tiada apa yang lebih menggembirakan para peminat motosikal selain pengenalan model-model baru yang akan dilancarkan dalam tahun ini. Ada yang minat nak beli dan ada yang minat nak tengok. Tak kisahlah sebab semuanya sama-sama peminat cuma isi poket masing-masing mungkin sedikit berbeza. Pengeluar motosikal ni pun satu hal, mereka suka membuat kejutan dengan model-model baru padahal entah bila akan dipasarkan. Tapi jangan bimbang sebab kami ada senarai model-model hebat yang bakal dipasarkan pada tahun ini. Sediakan sahaja mas kahwinnya banyak-banyak okey.

Aprilia RSV4 1100 Factory

Apa pendapat anda dengan angka ini: 1078 cc, 217 hp kuasa pada 13,200 RPM dan 122 Nm tork. Aprilia RSV4 1100 asal pun sudah sebegitu hebat kini ia dinaik taraf lagi dengan satu matlamat iaitu untuk menjadi superbike terbaik dan paling laju dalam kelasnya. Ia merupakan sebuah motosikal yang paling hampir dengan dengan jentera perlumbaan Aprilia dari segi prestasi dan keberkesanannya.

Ia kini mempunyai jarak tapak roda yang lebih pendek dengan penggunaan penyerap hentak Ohlins di bahagian depan dan belakang yang diselia oleh Aprilia Performance Ride Control. RSV4 1100 Factory ini sudah bersedia sepenuhnya untuk melayan selekoh di mana saja.

BMW S1000RR

Ia bukan hanya berbeza dari segi rupa luaran tetapi S1000RR baru ini juga menggunakan enjin yang telah dinaik taraf. Perubahan paling ketara ialah pada penggunaan teknologi kawalan injap pelbagai yang dinamakan ShiftCam. Ia menyediakan dua profil berbeza pada kawalan injap bagi memastikan penambahan tork pada kelajuan enjin perlahan dan sederhana tanpa menjejaskan kuasa top end.

Kerangka S1000RR ini juga adalah rekaan baru daripada aluminium yang lebih ringan dan meningkatkan lagi kelebihan motosikal ini dari segi kawalan. Ia juga turut mempunyai pilihan suspensi dinamik bagi anda yang mempunyai bajet lebih.

Ducati Panigale V4 R

Selepas mengejutkan dunia dengan Panigale V4 S dan sekaligus memenangi MO Best Sportbike of 2018, Ducati kini menyediakan model khas untuk menakluk dunia perlumbaan 1,000 cc. Ducati Panigale V4 R adalah model yang dimaksudkan dengan enjin talaan WSBK 998 cc Desmosedici Stradale R yang dikatakan mampu menjana 221 hp kuasa!

Segalanya tentang V4 R ini adalah diinspirasikan dari dunia perlumbaan tetapi khas untuk kegunaan di atas jalan raya. Casisnya dilaras mengikut spesifikasi Ducati Corse dan ia juga dilengkapi dengan angkup brek Brembo Stylema monoblok yang paling canggih.

KTM 790 ADVENTURE & 790 ADVENTURE R

Ia merupakan model adventure baru yang dihasilkan berikutan kejayaan model Duke 790 di AS. Kini KTM mengambil enjin LC8 parallel twin mereka dan menyumbatnya ke dalam kerangka motosikal adventure menjadikan ia sebuah jentera kelas pertengahan yang ditunggu-tunggu.

Ia mempunyai tork yang kebih dari mencukupi untuk mencabar laluan off-road. Spesifikasi kedua model ini hampir sama kecuali pada bahagian ketinggian tempat duduk di mana 790 Adventure R adalah beberapa inci lebih tinggi 790 Adventure standard.

BACA: BMW SAHKAN S1000RR AKAN DIPERBAHARUI SEPENUHNYA UNTUK 2019 – BANYAK KENA SIMPAN DUIT NI

Moto Guzzi V85 TT

Apa maksud TT tu sebenarnya? Ia bermaksud “tutto terreno” ataupun pelbagai bentuk permukaan. Itulah nama yang sesuai untuk jentera ini yang mempunyai enjin berkuasa 853 cc 90-darjah sejukan udara. Ia memang moden idaman penggemar motosikal adventure.

Ia bukan hanya dibekalkan dengan enjin terbaru tetapi ia juga merupakan satu-satu model dalam kelasnya yang menggunakan pacuan syaf.

MV AGUSTA BRUTALE 1000 SERIE ORO

Ia bukan hanya sebuah mesin tetapi ia direka untuk membawa jentera perlumbaan ke atas jalan raya. Serie Oro ini mampu menghasilkan 208 hp kuasa dalam keadaan standard tetapi boleh ditingkatkan sehingga ke 212 hp hanya dengan penukaran sistem ekzos.

MV sendiri mendakwa yang Brutale 1000 menggunakan antara enjin NA 4-selinder paling berkuasa untuk motosikal sekaligus menjadikan Brutale sebagai motosikal naked paling berkuasa di dunia. Serie Oro ini juga merupakan model edisi terhad di mana hanya 300 unit bakal dipasarkan dalam tahun 2019.

YAMAHA TENERE 700

Model adventure yang ditunggu ramai kini muncul untuk pasaran 2019. Ia menggunakan enjin CP2 689cc parallel-twin sama seperti yang digunakan oleh MT-07 dan XSR700. Kombinasi casis yang ringan dan enjin yang berkuasa akan membuatkan Yamaha Ténéré 700 memecut dengan pantas di atas segala bentuk mukabumi di seluruh dunia.

Kredit motorcycle.com

 

Share this post

scroll to top