ACARA PULSAR POWER BERLANGSUNG MERIAH

SHARE

Buat julung-julung kalinya, Modenas dan Bajaj Auto Limited menganjurkan acara Pulsar Power di Litar Speedway PLUS di USJ, Selangor pada hari ini.

Program yang bertujuan membawakan keseronokan menunggang model Pulsar N200 dan RS 200 itu nyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada pemilik jentera Pulsar serta peminatnya dari seluruh negara.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Selain sesi tunggang uji, beberapa aktiviti lain telah disusun. Antaranya ialah Pulsar Time Attack, Kursus Tunggangan Pulsar, Pulsar Pro Ride serta banyak lagi. Pemilik Pulsar dan Modenas juga boleh menyelenggara jentera masing-masing di booth yang disediakan.

Bagi menghargai kehadiran pengunjung, mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik, termasuklah sebuah Modenas Pulsar NS200!

Sejak dilancarkan pada Mei lalu, siri motosikal Pulsar nyata dapat menarik minat pengguna motosikal tempatan. Walaupun Pulsar semakin popular, namun tidak ramai yang benar-benar tahu tentang kuasa dan kelebihan motosikal itu.

Percaya atau tidak, Pulsar merupakan motosikal paling berkuasa dalam kelas 150cc hingga 200cc. Pulsar yang dijual di 36 buah negara sudah mencatat jualan lebih 10 juta unit sehingga sekarang.

Kolaborasi di antara Modenas dan Bajaj dilihat sudah mula membuahkan hasil, apabila motosikal keluaran Modenas kembali mendapat kepercayaan orang ramai.

Dengar kata, Bajaj Dominar400 akan dilancarkan awal tahun depan. Harga pun boleh tahan menariknya. Tunggu sahaja berita terkini dari kami di Mekanika Malaysia.

GALERI

Share this post

scroll to top