AKSI TERBAIK KEMALANGAN MOTOSIKAL YANG BERJAYA DIELAKKAN

SHARE

Marc Marquez mungkin antara pelumba ajaib yang telah beberapa kali berjaya mengelakkan kemalangan dalam perlumbaan MotoGP meskpun kita sudah mengurut dada bila melihat beliau terbabas. Ya. beliau memang pelumba ajaib yang akan menggunakan semua anggota badannya untuk mendapatkan keseimbangan. Bukan sahaja ketika berlumba, malah ketika hilang kawalan dan hampir terbabas.

Dengan kata lain, bagi pelumba biasa, mungkin dah lama bersepah dan motor meluncur, tetapi bagi kebanyakan pelumba MotoGP yang mendapat latihan terbaik, mereka mampu mengendalikan motosikal dalam keadaan yang paling sukar.

Berikut ialah video koleksi perlumbaan MotoGP yang menampilkan aksi-aksi pelumba yang menghampiri kecelakaan namun dengan kemahiran (dan tuah) mereka berjaya mengawal motosikal tersebut.

Balik ke zaman 500GP, idola ramai, Randy Mamola mungkin antara yang terawal mempamerkan aksi penyelamatan kemalangan. Perlu diingatkan pada masa itu, tiada bantuan elektronik sepertimana jentera MotoGP hari ini. Semuanya bergantung kepada kemahiran semata-mata.

Dalam video ini juga, pelumba yang terselamat ini menerangkan situasi tersebut.

The best saves ever!

Take a look at some of the greatest #MotoGP saves of all time 👏😮Starring Marquez, Mamola, Baz, Edwards, Rossi, Ajo and more! #TameTheBeast

Posted by MotoGP on Sabtu, 21 April 2018

Share this post

scroll to top