Motosikal

ALPINESTARS LANCAR BUT REPUBLIK SUPERTECH R EDISI TERHAD MARC MARQUEZ 

Pengeluar pengeluar peralatan menunggang motosikal terkemuka dunia, Alpinestars baru-baru ini memperkenalkan but edisi terhad untuk meraikan kejayaan pelumba Marc Marquez di litar Amerika Syarikat (AS) sepanjang kerjayanya dalam MotoGP.  

Pemenang juara dunia tiga kali itu dilihat mempunyai rekod yang baik di litar-litar lumba di AS. Sejak melakukan debut pada tahun 2013, Marquez telah memenangi hampir semua pusingan MotoGP di AS. Antaranya adalah dengan mencatat rekod litar pada tahun 2014 dan merekodkan pusingan terpantas setahun kemudian.

Jadi, untuk meraikan semua kejayaan hebat itu, Alpinestars telah dipilih untuk menghasilkan but perlumbaan Supertech R Edisi Terhad buat juara tersebut. Ia akan dikenali sebagai Republik Supertech R. But itu menampilkan semua inovasi teknikal yang ada pada Supertech R. Tetapi ia tampil dengan skema warna baru iaitu merah, putih dan biru untuk disesuaikan dengan warna GP Amerika.

Corak Lady Liberty, bintang dan logo MM93 menyempurnakan lagi penampilan but tersebut. But perlumbaan Alpinestars dipakai oleh ramai juara dunia dan telah menjalani siri evolusi yang berjaya meningkatkan prestasinya.

But itu menggunakan gentian mikro yang tahan lasak pada bahagian atas untuk memberi lebih fleksibiliti. Material sama turut digunakan pada kerangka utama, dengan kawasan hadapan telah direka semula. Getah rIngan PULA diaplikasikasi sebagai tapak but yang memberikan lebih cengkaman dan perlindungan.

Keselamatan pemakai dipertingkatkan menerusi plat tulang kering TPU luaran, pelindung TPU/Aluminium pada ibu jari kaki yang boleh ditanggalkan, plat polimer tumit dan banyak lagi. But itu mendapat penarafan piawaian EN 13634:2010.

Didatangkan dalam saiz 42 hingga 46 (EU), but itu ditawarkan pada harga bermula AS$499 (RM2,200) sepasang.

BACA: RK-MALAYSIA LANCAR KOLEKSI APPAREL ALPINESTARS TERBAHARU

GALERI

Google ads
Back to top button