Motosikal

ANAK SINGA BENELLI

Benelli kini memiliki model scrambler. Menarik betul.  Jenama Itali  milik syarikat  China (Qianjiang Group) itu mendedahkan Benelli Leoncino di Milan, Itali baru-baru ini.

Benelli-Leoncino-2016-mekanika (4)

Perkataan Benelli Leoncino membawa maksud anak singa. Leoncino dibina untuk bersaing dengan Ducati Scrambler bersama tambahan kapasiti, kuasa serta tork.

Secara zahirnya, reka bentuk model tersebut dilihat seakan-akan sama dengan Ducati.

Benelli-Leoncino-2016-mekanika (6)

Benelli Leoncino dijana oleh enjin bersesaran 500cc, dua silinder dengan sistem penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan kuasa 47.6PS dan tork setinggi 45Nm. Klac dioperasikan secara hidraulik untuk memindahkan kuasa menerusi kotak gear enam kelajuan ke roda belakang.

Dibangunkan di atas rangka trellis, Leoncino dilengkapi fork USD  bersama suspensi travel 50mm dan monoshock dengan pelarasan muatan di belakang.

Benelli-Leoncino-2016-mekanika (5)

Tugas memberhentikan jentera ini diserahkan kepada dua cakera brek bersaiz 320mm dengan angkup radial 4-piston di hadapan dan cakera 260mm di belakang. Ciri ABS didatangkan standard.

Benelli Leoncino dipasang dengan tayar 110/80- R19 di hadapan. Manakala bahagian belakang menerima tayar bersaiz 150/70 – R17.

Benelli-Leoncino-2016-mekanika (3)

Dari segi penggayaan, bahagian hadapan Leoncino menerima lampu LED dan lencana jenama berkenaan pada fender.  Bahagian bar hendal dan pelana pula tampil rata serta ringkas.

Benelli menyatakan akan memulakan produksi Leoncino pada separuh kedua 2016.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button