ARAI SELESAIKAN MASALAH BENTUK KEPALA DENGAN QUANTUM-X & SIGNET-X

SHARE

Bukan senang hendak memuaskan hati semua pelanggan. Apatah lagi jika ia berkait rapat dengan aspek keselamatan.

Menyedari sentimen itu, pengeluar topi keledar terkemuka dari Jepun, Arai memperkenalkan dua model baharu untuk menyelesaikan masalah saiz kepala penunggang motosikal yang berbeza

arai-signet-x-quantum-x-helmets-mekanika-3

Sekali pandang, topi keledar Arai Quantum-X dan Signet-X sama sahaja. Tetapi, sebenarnya ia dihasil dengan sedikit perbezaan demi memberikan kualiti terbaik kepada pemakainya.

Menurut Pengarah Urusan Arai Helmets Amerika Syarikat AS, Brian Weston, topi keledar Signet-X  ditawarkan untuk bentuk kepala yang lebih lonjong. Sementara Quantum-X pula sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk kepala lebih bulat.

arai-signet-x-quantum-x-helmets-mekanika-5

Jadi apa perbezaan di antara dua topi keledar ini? Ia dibezakan menerusi pelapik dalaman EPS. Untuk Signet-X, pelapik dalaman EPS dari bahagian belelakang ke hadapan adalah lebih panjang dengan sisinya lebih sempit. Sebaliknya, Quantum-X mempunyai pelapik dalaman EPS lebih pendek dengan bahagian sisinya lebih lebar.

Untuk membezakan penampilan di antara kedua-duanya tanpa berkompromi dengan aspek prestasi atau keselamatannya, pasukan jurutera Arai menghasilkan bar dan corong udara pada bahagian dagu yang berlainan. Ciri lain bagaimanapun dikekalkan sama.

arai-signet-x-quantum-x-helmets-mekanika-2

Arai menggunakan pelbagai teknologi sama yang ada pada model Arai Corsair. Ini termasuklah reka bentuk luaran Peripheraly Belted Super Complex Laminate Construction (PB-ScLc). Kerangka topi keledar itu menggunakan teknik dan material tersendiri bagi memastikannya nipis, tetapi kukuh.

Pelapik bahagian dalam dihasil menggunakan material anti mikrobio.  Manakala penutup dagu ED, teknologi corong udara QVF dan QVR turut diaplikasikan bagi memastikan pemakainya kekal selesa.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Share this post

scroll to top