Motosikal

AURORA HELLFIRE ENJIN V8!

Jika anda merasakan Britten adalah satu karya yang gila, bersedia untuk melihat jentera dua roda yang dinamakan sebagai Aurora Hellfire 0Z26.

Aurora-hellfire-mekanika (5)

Vincent Messina, seorang jurutera dari Australia, bekas pelumba motosikal dan kereta bukanlah lelaki yang hanya akan berpuas hati dengan Suzuki Hayabusa atau Kawasaki ZX-14R.

Beliau yang berpangkalan di Thailand, membangunkan motosikal kustom baharu dengan enjin 2, 575cc penyejukan cecair DOHC V8.

Aurora-hellfire-mekanika (4)

Lebih berkuasa daripada Porsche 911 Carrera, Aurora Hellfire mampu menghamburkan kuasa 417hp @ 9,500rpm dan tork setinggi 319Nm @ 7000rpm.

Kelajuan maksimum mampu dicapai ialah 340km/j. Tidak mengejutkan sekiranya jentera ini mampu mencatat kelajuan 100km/j dalam tempoh 9 saat. Ini kerana motosikal berkenaan hanya memiliki berat kering 265kg.

Aurora-hellfire-mekanika (1)

Jentera buas itu juga dipadankan dengan senarai ciri elektronik termasuk kawalan pendikit ride-by-wire, mod tunggangan (sport, touring, wet, kustom), 10 peringkat traction control dan Motec M1 ECU serta paparan maklumat berwarna Motec C127.

Penghantaran kuasa ke roda belakang diserahkan kepada transmisi lima kelajuan yang boleh dioperasikan menggunakan kaki atau butang pada hendal bar.

Aurora-hellfire-mekanika (3)

Menghentikan Aurora Hellfire dibantu oleh cakera seramik karbon berkembar. Ciri ABS juga didatangkan sebagai standard.

Casis tanpa bingkai menggunakan karbon fiber dan komponen aluminium.  Menurut perekanya, badan yang ringan memudahkan aspek kawalan dan pengendalian.

Aurora-hellfire-mekanika (7)

Ini disokong dengan posisi tunggangan yang lebih santai dan ketinggian pelana dengan titik tengah graviti yang rendah.

Penggayaan jentera itu diserahkan kepada pereka terkenal motosikal, Tim Cameron.

Aurora-hellfire-mekanika (2)

Vincent berharap memiliki dana mencukupi agar dapat  mengeluarkan unit terhad Aurora Hellfire di kemudahan produksi di Thailand pada awal tahun 2016.

Spesifikasi Teknikal

SESARAN: 2575cc

GEREK  x LEJANG: 86 x 55.4mm

NISBAH MAMPATAN: 12:1

KAWALAN PENDIKIT:  ride-by-wire

MOD TUNGGANGAN: sport, touring, wet, custom

KUASA MAKSIMUM: 417 bhp  @ 9,500rpm

TORK MASIMUM: 319Nm @ 7,000rpm

KELAJUAN MAKSIMUM: 340 km/j

JARAK RODA: 1600mm

PANJANG: 2229mm

LEBAR:  850mm

TINGGI PELANA: 820mm

BERAT KERING: 265kg

SUSPENSI HADAPAN: Hossack multi-link

SUSPENSI BELAKANG: Multi-link

TAYAR HADAPAN: 120/70-ZR17

TAYAR BELAKANG: 190/50-ZR17

TANGKI MINYAK: 22 liter

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button