Motosikal

BENELLI TNT135 & 302R LANCAR BULAN DEPAN?

Semasa krew Mekanika jalan-jalan kat Litar Sepang sempena MotoGP yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, ternampak pula dua model menarik di booth milik Benelli.

Bila tengok dari dekat, sah itu ialah model naked Benelli TNT135 dan 302R. seperti mana yang anda tahu, jenama Benelli agak popular dalam kalangan pengguna motosikal di Malaysia, terutama menerusi model TNT25. Jenama itu dikendalikan oleh pihak Benelli Keeway Motorcycle Sdn. Bhd. (BKM).

Benelli-TNT135-SIC-mekanika (6)

Berbalik kepada TNT135. Model ini dikuasakan oleh enjin empat lejang satu silinder dengan sistem penyejukan cecair. Kuasa boleh mencapai 12.6hp dengan tork maksimum 10.8Nm. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.

Ia menggunakan kerangka jenis arch bar truck. Suspensi hadapan guna fork teleskopik upside down (USD), manakala belakang pula dipasang dengan pegas gegelung teleskopik.

Benelli-TNT135-SIC-mekanika (3)

Untuk meningkatkan tahap keselamatan, TNT135 menggunakan khidmat brek cakera bersaiz 220mm di hadapan dan 190mm di belakang. Kedua-dua tayar pula bersaiz 12 inci.  Dengar cerita BKM akan lancar TNT135 bulan depan. Harga mungkin bawah RM9,000 seunit.

Benelli-Tornado-302R-SIC-mekanika (2)

Selain TNT135, BKM turut mempamerkan model sport Tornado 302R. Ini merupakan versi fairing untuk model TNT 302. Ia digerakkan oleh enjin empat lejang dua silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair.

Mampu menghasilkan kuasa sehingga 38.1hp dan tork 28.4Nm, enjin itu dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Turut menggunakan kerangka jenis arch bar truck, 302R seberat 190kg dengan kapasiti tangki 14 liter.

Benelli-Tornado-302R-SIC-mekanika (1)

Dijangka dilancarkan secara rasmi bulan depan, 302R mungkin berharga bawah RM25,000 seunit.

Amacam? Boleh consider tak motor-motor ni?

Google ads
Back to top button