BENELLI TNT135 DILANCARKAN – FUN BIKE DENGAN TARAF EEV, RM7,990.

SHARE

Ketika kita semua menanti ketibaan mini bike Honda Grom / MSX125 dari Boon Siew Honda Malaysia, Benelli, menerusi pengedarnya Benelli Keeway Motorcycle Sdn Bhd terlebih dahulu memperkenalkan TNT135. Motosikal minibike / fun bike ini merupakan varian terkecil dalam rangkaian motosikal yang mereka perkenalkan setakat ini.

BACA – BOON SIEW HONDA BAKAL LANCAR MSX125

BACA – 10 MOTOSIKAL PALING BURUK DI BUMI

Benelli TNT135 dikuasakan oleh enjin empat lejang satu silinder dengan sistem sejukan cecair. Keluaran kuasa dari enjin 134.7cc ini adalah 12.6hp @ 9000 rpm dengan tork maksimum 10.8Nm @ 7000 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan dan sistem penyampaian bahanapi jenis suntikan elektronik.

Antara ciri menarik motosikal “kenit” ini ialah sifat sebuah motosikal lebih besar. Sebagai contoh, ia dilengkapi Suspensi hadapan guna fork teleskopik upside down (USD), manakala set belakang pula dipasang dengan sistem suspensi monoshock.

Antara cini menarik juga ialah penggunaan lampu jenis LED yang meluas. Ia termasuk bahagian lampu hadapan, belakang, isyarat membelok dan juga brek. Panel instrumentasinya juga digandingkan dengan ciri analog dan digital yang menarik

TNT135 juga diberi penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan itu membantu pihak pengedar menawarkan harga jualan yang lebih mampu milik. Ia turut memenuhi piawaian terkini Euro 4.

Motosikal ditawarkan dengan pilihan 3 skema warna dengan harga jualan RM8,469.00 (harga jualan termasuk GST) kepada anda yang inginkan kelainan, mungkin motosikal mini ini boleh dijadikan satu pilihan lain.

Untuk masa terhad, Benelli Keeway Malaysia juga menawarkan kepada 200 pembeli pertama topi keledar GIVI Skid Off Road bernilai RM371 pada harga cuma RM60.

Kami percaya, ia adalah pasaran yang semakin berkembang dan kita akan dapat lihat banyak lagi motosikal jenis ini bakal diperkenalkan ke pasaran tempatan. TNT135 sudah mula boleh ditempah dan berada di semua pusat jualan di seluruh negara.

 

Share this post

scroll to top