Motosikal

BENELLI TORNADO T

Benelli Tornado T bakal menyertai rakan pesaingnya yang terlebih dahulu diperkenalkan kepada umum iaitu Honda MSX dan Kawasaki Z125.

benelli-tornado-t-2016-mekanika (5)

Jentera kecil itu memiliki enjin bersesaran 124.8 cc. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 12.4hp @ 9,000rpm dan tork 10.8Nm @ 7,000rpm.

Kedudukan menegak enjin Tornado T kelihatan seperti motor sport. Begitu berbeza dengan Kawasaki Z125 dan Honda MSX125 yang masih meletakkan enjin pada posisi melintang.

benelli-tornado-t-2016-mekanika (3)

Dengan berat 121 kg, motosikal naked berkenaan memiliki panjang 1,840mm, lebar 755mm dan tinggi 1025mm. Ketinggian pelana 780 mm bersama jarak roda 1,215mm memudahkan urusan pengendalian ketika melalui trafik yang padat.

Ciri keselamatannya juga mantap. Tugas memberhentikan jentera diserahkan kepada brek cakera di hadapan dan belakang.

benelli-tornado-t-2016-mekanika (4)

Selain itu, suspensi hadapan fork terbalik dan swingarm di belakang bukan sahaja menawarkan pengendalian selesa, malah menjadikannya lebih mantap.

Benelli Tornado Naked T dipadankan dengan tayar bersaiz 120/70-ZR12 di hadapan. Manakala tayar belakangnya pula bersaiz 130/70-ZR12.

benelli-tornado-t-2016-mekanika (2)

Model itu dijangka berada di pasaran luar negara mulai tahun hadapan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button