Motosikal

BERMINAT NAK BELI? YAMAHA TZR250 1KT RECOND!

Sebuah motosikal yang bagus harganya akan ‘meroket’ sepanjang tahun. Seingat saya waktu masih bersekolah dulu, TZR, RD/LC, RGV dan motor-motor dua lejang Jepun mana ada harga sangat pun.

Yamaha-TZR250-1KT-classic-mekanika (8)

Kalau berkonvoi pergi kenduri pun orang pandang sipi-sipi saja. Motor banyak asap, busuk dan mesti rider budak-budak degil ni. Sekarang?

Harga motor-motor yang saya sebutkan tadi meletup. Dah hampir sama atau lebih mahal berbanding harga asal ia dijual baru dahulu. Bilangan yang diiklankan juga semakin kurang. Pemiliknya beralih ke golongan pertengahan dan golongan muda.

Yamaha-TZR250-1KT-classic-mekanika (6)

Permintaan yang tinggi dan tawaran kurang menyebabkan bukan sahaja harganya semakin mahal, malah merestorasi semakin susah. Sebab alat gantinya makin payah dicari. Kalau nak ketepikan semua cabaran ini, baik beli motor baru saja.

Ya. ‘Baru’ yang dimaksudkan ialah motor terpakai yang diimport dari Jepun. Ada beberapa syarikat tempatan yang mempelbagaikan produk import mereka seperti INI. Mungkin ramai yang tertanya-tanya sama da ia sah atau tidak.

Yamaha-TZR250-1KT-classic-mekanika (4)

Begini. Bayangkan anda beli sebuah Toyota Wish recond. Sama saja kesnya, kecuali, motosikal ini diimport menggunakan AP klasik. Sedangkan Wish dan lain-lain guna AP kereta terpakai. Ia memang sah dan didaftarkan dengan nombor pendaftaran baru.

Rasniaga Motorsport antara yang kami perasan telah membawa masuk motosikal ‘lejen’ dari Jepun. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah Yamaha TZR 1KT 250.

Yamaha-TZR250-1KT-classic-mekanika (1)

Versi sebelum reverse cylinder ini ada peminatnya yang tersendiri. Ia antara motosikal olskool pujaan rakyat Malaysia. Harganya agak berpatutan diletakkan RM35,000. Menurut maklumat iklan, ia boleh dapat pinjaman 50%. Menarik kan?

Mungkin ada yang kata mahal. Tak boleh ketepikan persepsi tu kalau dibandingkan dengan motosikal terpakai tempatan. Tapi kalau ambil kira harga motor (di Jepun pun makin mahal motor klasik begini) dicampur dengan kos import, proses, AP dan keuntungan, saya boleh kata, ia harga yang munasabah berdasarkan kondisi motor.

Yamaha-TZR250-1KT-classic-mekanika (3)

Kau takkan jumpa motor terpakai di sini dengan perbatuan 12,000km. Motor ini nampak terjaga oleh pemilik lamanya di Jepun. Saya pernah ke kedai motor di sana, kalau motor-motor klasik bernilai begini tempat parkirnya kadang-kadang lebih selesa daripada sebuah Panigale.

Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi Rasniaga Motosports di alamat No 9, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Telefon: 03-2691 1152 / 012-3103040 (En. Zul). Pautan Facebook: https://www.facebook.com/rasniaga/

Yamaha-TZR250-1KT-classic-mekanika (2)

Ini bukan RXZ senang cari barang dan kau pun beli NOS.

Unregistered Import
Ada AP
Dokumen kastam lengkap
Boleh didaftarkan baru
Boleh masukkan nombor baru
Boleh loan sebanyak 50% x 5 tahun

Google ads
Back to top button