Motosikal

BILIK PAMERAN GAYA HIDUP KTM DIBUKA

Menyedari jumlah motosikal KTM yang kian meningkat di Malaysia, KTM Malaysia CKD tahu bahawa ia perlu membuka sebuah bilik pameran gaya hidup KTM.

KTM-CKD-lifestyle-showroom-mekanika (3)

Hasilnya, KTM Malaysia CKD melancarkan secara rasmi sebuah KTM Lifestyle Showroom di Kota Damansara, Selangor semalam.

Bangunan tiga tingkat seluas 831 meter persegi itu terdiri daripada ruang yang mempamerkan semua rangkaian produk yang ditawarkan oleh KTM Malaysia CKD. Di samping rangkaian penuh produk KTM Powerwear, barangan eksklusif KTM seperti kemeja-t, topi, seluar jeans,kasut kasual, serta peralatan menunggang untuk lelaki dan wanita. Bagi mereka yang ingin mengubah suai motosikal KTM masing-masing, produk KTM Powerparts turut disediakan.

KTM-CKD-lifestyle-showroom-mekanika (5)

Tahun 2014 menyaksikan prestasi jualan yang memberangsangkan buat KTM Malaysia CKD apabila 3,600 unit berjaya dijual. Ia merangkumi model Duke, selain KTM RC200 dan RM390 yang dilancarkan baru-baru ini.

Dalam usaha menawarkan latihan dan pembangunan yang berterusan kepada semua pengedarnya, KTM Malaysia CKD telah membuka sebuah pusat latihan yang lengkap dari segi perisian dan perkakasannya.

KTM-CKD-lifestyle-showroom-mekanika (4)

Pada majlis yang sama, KTM Malaysia CKD turut menyampaikan anugerah kepada 15 pengedar terbaiknya dari seluruh negara. Kerja keras mereka telah menyumbang kepada peningkatan penguasaan pasaran sehingga 12 peratus untuk segmen motosikal berkuasa 200cc ke atas.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button