Motosikal

BIRU & HITAM KUNING – WARNA BARU YAMAHA MT-07

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan dua warna baharu untuk jentera naked keluarannya, Yamaha MT-07.

Model pemasangan tempatan (CKD) itu boleh didapati dalam warna hitam kuninng (Night Fluo) dan biru.

yamaha-mt-07-2017-mekanika-9

Yamaha MT-07 dijana oleh oleh enjin empat lejang dua silinder bersesaran 689cc bersama sistem pancitan bahan api. Ia menjadi motosikal CKD ketiga yang dipasang di kilang HLYM di Sungai Buloh selepas siri XJ (XJ6, XJ6 Diversion, XJ6 Diversion F) dan MT-09.

BACA: YAMAHA LANCAR MT-07 CKD

BACA: STREET BIKE 150cc YANG TIDAK DIJUAL DI MALAYSIA (KAMI PUN TAK TAU KENAPA)

Jentera naked dengan warna baharu ini boleh didapati di pasaran mula pertengahan Januari 2017. Harga yang ditawarkan ialah RM36,795 seunit (tidak termasuk cukai jalan, nombor plat dan insurans).

yamaha-mt-07-2017-mekanika-3

Ini kira orimoto jugak ke macam mana ni?

Google ads
Back to top button