Motosikal

BMW F 800 R – RM 63,800!

Ketika memperkenalkan BMW 4 Series Gran Coupé baru-baru ini, BMW Group Malaysia turut mengambil kesempatan untuk mendedahkan motosikal BMW Motorrad yang baru iaitu BMW F 800 R.  

BMW-F-800-R-mekanika (22)

Motosikal tersebut dipasang di kilang milik BMW Group di Thailand. Ia bakal menawarkan pengguna di Malaysia dengan akses kepada rangkaian model motosikal premium yang lebih luas, bersama ciri yang telah dipertingkatkan pada harga cukup kompetitif.

Disifatkan sebagai sebuah jentera yang ringan, lincah dan pantas, BMW F 800 R menawarkan kualiti pengendalian, keseimbangan dan hantaran kuasa mengagumkan bagi memastikan tunggangan yang mengujakan pada setiap masa.

SONY DSC

Naked roadster ini juga dibina dengan ergonomik terbaik bersama chasis tegar dan geometri yang memiliki keseimbangan sempurna. Sementara reka bentuknya yang maskulin dan garis-garis minimalis menjadikannya sebuah motosikal yang sangat menarik.

Ketibaan model naked roadster menjadi bukti komitmen BMW untuk menawarkan keseronokan tunggangan yang sebenar dan selamat.  BMW F 800 R memperoleh kuasa daripada enjin dua silinder empat lejang dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 798cc. Dilengkapi sistem pancitan bahan api elektronik, enjin berkuasa 87hp dan tork maksimum 86Nm @ 6,000rpm itu dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. 

SONY DSC

Prestasi itu kemudian dialihkan ke atas jalan raya dengan efisien dan meyakinkan menerusi pacuan rantai lengan ayun aluminium berkembar, termasuklah pada versi output yang dikurangkan sebanyak 48hp untuk penunggang baru.

Maklum balas pantas, kuasa tarikan luar biasa dan pengunaan bahan api yang rendah membuatkan jentera ini amat menarik. BMW F 800 R turut dilengkapi BMW Motorrad ABS sebagai satu ciri standard, berdasarkan kepada prinsip “Keselamatan 360°” BMW Motorrad. Ia merupakan satu konsep keselamatan yang dibangunkan dengan  penyelesaian inovatif demi keselamatan yang maksimum dan keseronokan tunggangan.

P90050374

Chasis BMW F 800 R juga impresif. Ia menawarkan kelincahan dan reka bentuk minimalis yang menggabungkan pengendalian intuitif dengan tunggangan dinamik. Semua ini disatukan ke dalam kerangka aluminium jenis titi (bridge-type) yang ultra tegar.

“BMW F 800 R baharu telah dibina oleh BMW Motorrrad sebagai sebuah roadster yang seksi dan hebat. Ia menawarkan kombinasi sempurna di antara tunggangan di atas lebuh raya dan mudah untuk mencelah-celah di bandar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

SONY DSC

Bahagian hadapan BMW F 800 R menggunakan lampu utama  tidak simetri serta dipadankan bersama garis badan yang kemas dan tajam.  Penampilan sebenar motosikal ini diserlahkan lagi menerusi pelindung angin sports yang baru dan lampu isyarat membelok berwarna putih.

Melihat tubuh roadster ini dengan lebih teliti, anda akan mendapati bahawa rim, enjin, kerangka dan chasisnya diberikan kemasan berwarna hitam. Sekali gus memberikan mesin ini rupa yang penuh gaya, eksotik dan pantas menarik perhatian ramai.

BMW-F-800-R-mekanika (4)

Gaya agresif dan semula jadi naked roadster ini diteruskan lagi dengan bahagian sisi yang maskular. Madgad hadapan BMW F 800 R yang sporty itu turut menggunakan warna hitam yang sama.

BMW-F-800-R-mekanika (20)

Bagi menyempurnakan gayanya, BMW F 800 R didatangkan dalam tiga skim warna iaitu biru, putih dan oren. Anda boleh memiliki sebuah BMW F 800 R pada harga RM63,800 seunit (tidak termasuk insurans).
[hr]GALERI 

BMW-F-800-R-mekanika (1)BMW-F-800-R-mekanika (2)BMW-F-800-R-mekanika (5)SONY DSCP90050379BMW-F-800-R-mekanika (23)BMW-F-800-R-mekanika (18)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button