BMW HP4 RACE GENTIAN KARBON – RM383,000!

SHARE

BMW Motorrad memperkenalkan superbike BMW HP4 Race gentian karbon pada acara Auto Shanghai 2017 di China. Ini merupakan versi produksi prototaip yang pernah didedahkan tahun lalu pada EICMA 2016.

Hanya 750 unit akan dihasilkan. BMW HP4 Race dilengkapi enjin penuh kuasa yang mampu menjana 212hp pada 13,900rpm dan tork puncak 120Nm pada 10,000rpm. Dengan berat cuma 171kg, ia sebenarnya jauh lebih ringan berbanding jentera BMW S1000RR yang digunakan untuk perlumbaan WorldSBK.

Seperti namanya, ciri utama motosikal lumba ini ialah gentian karbon. Badan, kerangka utama dan rim diperbuat daripada komposit material ini. BMW Motorrad juga dilihat menggunakan lengan ayun aluminium untuk HP4 Race bagi menawarkan pengedalian lebih mantap dan tegar.

HP4 Race menjadikan BMW Motorrad sebagai pengeluar motosikal premium pertama yang menghasilkan kerangka utama menggunakan gentian karbon sepenuhnya.

Lebih menarik lagi, BMW Motorrad menyatakan bahawa kerangka itu ditawarkan untuk dijual kepada pemilik jentera BMW S1000RR. Sebab itulah bentuknya mengikut rekaan kerangka aluminium motosikal tersebut.

Berat rodanya didakwa dikurangkan sebanyak 30 peratus berbanding rim aluminium BMW S1000RR yang sudah pun ringan. Satu lagi ciri menarik motosikal ini ialah fork Öhlins FGR 300 di depan dan penyerap hentak belakang Öhlins TTX 36 GP. Ini ialah antara suspensi terbaik yang ada di pasaran sekarang.

Kuasa membrek pula diserahkan kepada brek Brembo GP4 PR pada roda hadapan. Cakera brek Brembo 320mm T turut digunakan. Dari segi kelengkapan elektronik, BMW HP4 Race gentian karbon dipasang dengan ciri Dynamic Traction Control, brek enjin dan Wheelie Control.

BMW HP4 Race gentian karbon ditawarkan pada harga sekitar £68,000 (RM383,000) seunit. Peh…

BACA: BMW MOTORRAD MALAYSIA PERKENAL JENTERA HERITAGE BAHARU

GALERI

(Visited 217 times, 10 visits today)

Share this post

scroll to top