Motosikal

BMW S 1000 R – RM95,800

“BMW S 1000 R baharu ialah versi naked model Sportbike of the Year dua tahun berturut-turut kami, BMW S 1000 RR. 

 BMW-S-1000R-RM95800-Mekanika (3)

“Walaupun berkongsi banyak persamaan dengan model superbike lagenda BMW S 1000 RR, BMW S 1000 R baharu dikuasakan oleh enjin BMW S 1000 RR yang telah  ditala semula untuk mengekstrak lebih kuasa tork. Selain beberapa modifikasi spesifik untuk sebuah roadster demi menawarkan prestasi yang lebih sporty di atas jalan dan litar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils.

Pada tahun 2009, BMW Motorrad memperkenalkan BMW S 1000 RR sebagai sebuah superbike pertama yang dibinanya, dilengkapi enjin  empat silinder sebaris penuh kuasa.

 BMW-S-1000R-RM95800-Mekanika (5)

Dilengkapi ciri-ciri seperti Dynamic Traction Control (DTC), sistem ABS yang mampu digunakan di atas trek dikenali sebagai Race ABS dan mode tunggangan yang boleh dipilih oleh penunggang, superbike ini pantas dianggap sebagai “RR” dalam komuniti motosikal.

Walaupun BMW S 1000 R berkait rapat dengan model RR, motosikal naked ini direka untuk menawarkan talaan ideal bagi kegunaan harian dan tunggangan sporty di laluan terbuka. Dinamik tunggangan superbike telah dipertingkatkan. Ia kemudian digabungkan dengan pengendalian dan tahap prestasi paling tinggi dalam segmen sports roadster di mana semuanya dipakejkan dalam gayaan roadster yang penuh emosi.

 BMW S 1000 R

Sebagai sebuah roadster berprestasi tinggi yang baru, BMW S 1000 R dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris bersesaran 999cc yang sama pada BMW S 1000 RR.

Ia mampu menjana kuasa maksimum 118 kW (160 hp) @ 11,000rpm dengan tork mencecah 112Nm @ 9,250 rpm. Pada 7,500rpm, enjin ini dapat menghasilkan 10Nm tork lagi berbanding BMW S 1000 RR. Ini membolehkannya menawarkan maklum balas lebih baik sepanjang julat rpm yang sememangnya perlu untuk tunggangan sporty di atas jalan biasa.

 BMW-S-1000R-RM95800-Mekanika (9)

Versatiliti BMW S 1000 R baharu telah dipertingkatkan dengan signifikan kerana roadster sporty ini  dilengkapi dua mode tunggangan iaitu Rain (hujan) dan Road (jalan). Selain sistem brek ABS serta Automatic Stability Control (ASC) yang diintegrasikan sebahagiannya dan didatangkan sebagai satu ciri standard.

Untuk prestasi yang lebih sporty di atas jalan dan trek perlumbaan, BMW S 1000 R baharu dipasang dengan mode pilihan Riding Pro yang mempunyai dua lagi mode tunggangan iaitu Dynamic dan Dynamic Pro.

 BMW S 1000 R

Kualiti suspensinya ditingkatkan lagi dengan sistem Dynamic Damping Control (DDC). Tahap mampatan dan lantunan redaman dihubungkan dengan mode tunggangan yang relevan.

BMW S 1000 R dilengkapi satu kluster instrumen multi fungsi yang terdiri daripada satu paparan LC dan meter rev analog yang mudah dibaca. Meter ini  memaparkan gear yang sedang digunakan serta mode tunggangan yang dipilih.

 BMW S 1000 R

Bagi melengkapkan personaliti sporty dan dinamik sebuah sports roadster, tiga skim warna berbeza ditawarkan untuk BMW S 1000 R baharu. Warna merah (Racing Red) bukan metalik memberikan BMW S 1000 R baharu penampilan yang agresif dan sporty bersama logo “R” pada tangki minyak.

 BMW S 1000 R

Sementara itu, warna biru gelap metalik (Frozen Dark Blue) menyerlahkan karekter BMW S 1000 R baharu yang elegan dan berteknologi tinggi. Akhir sekali, BMW S 1000 R mengambil warna korporat BMW Motorrad sebagai inspirasinya untuk menggabungkan aspek kehalusan binaan dan sporty. Menggunakan warna putih bukan metalik (Light White), skim warna ini memberikan roadster sporty tersebut penampilan yang lincah dan ringan.

Harga runcit di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk BMW S 1000 R ialah RM95,800.  

[hr]GALERI 

BMW-S-1000R-RM95800-Mekanika (6)BMW-S-1000R-RM95800-Mekanika (7)BMW-S-1000R-RM95800-Mekanika (8)BMW-S-1000R-RM95800-Mekanika (10)BMW S 1000 RBMW S 1000 R

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button