Motosikal

BONNEVILLE PALING NAKAL

Triumph akhirnya mendedahkan model teratas Bonneville, Thruxton dan Thruxton R. Kedatangan koleksi baharu Bonneville itu adalah hasil kerja keras Triumph selama lima tahun membangunkan jentera berkenaan.

Triumph-Thruxton-mekanika (7)

Thruxton telah menjadi bahagian penting dalam sejarah sukses Triumph di kejohanan litar pada era 1960-an dan 70-an.

Seperti T120, Thruxton dan Thruxton R turut dilengkapi oleh enjin 1,199cc penyejukan air.  Boleh dikatakan model ini paling nakal dalam keluarga Bonneville kerana kuasa yang dihasilkan mampu memberikan keseronokan tunggangan ibarat di litar.

Triumph-Thruxton-mekanika (2)

Thruxton R juga mampu menggoda mereka yang inginkan kelajuan. Kuasa yang dihasilkan lebih besar. Ia dikatakan 62 peratus lebih tinggi berbanding generasi Thruxton R sebelumnya.

Justeru itu, bagi memberikan keyakinan membrek Thruxton R dilengkapi brek  Brembo dengan kaliper monoblock. Sementara fork depan dipadankan dengan piston yang besar dari jenama Showa. Belakangnya pula dipasang dengan suspensi lengan ayun Ohlins. Melengkapkan penampilan itu, tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa ditawarkan untuk pengendalian lebih sporty.

Triumph-Thruxton-mekanika (3)

Triumph turut menyatakan telah menala ekzos bagi menghasilkan bunyi yang lebih garang. Model Thruxton turut didatangkan dengan pelbagai peralatan elektronik antaranya sistem ABS sebagai standard, pendikit ride-by-wire, kawalan suis tarikan, pilihan mode tunggangan, lampu belakang LED dan lampu nyalaan siang hari (DRL) LED, serta soket USB untuk mengecas.

Thruxton dan Thruxton R mampu menjadi pilihan menarik bagi mereka yang menyukai jentera cafe racer.

Triumph-Thruxton-mekanika (5)

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button