Motosikal

BOON SIEW HONDA PREBIU HONDA X-ADV & AFRICA TWIN – DIJANGKA MASUKI PASARAN PADA MEI 2018

Pada majlis pelancaran Honda Big Wing Setapak sebentar tadi, Boon Siew Honda urut melakukan prebiu dua model yang cukup dinanti ramai, Honda X-ADV dan Honda CRF1000L Africa Twin.

Pengenalan dua model baharu itu merupakan sebahagian daripada lima model CBU dari Jepun yang bakal diperkenalkan oleh BSH sepanjang tahun 2018.

Menerusi pengenalan model-model baharu tersebut, BSH mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus atau lebih 1,600 unit utuk motosikal berkuasa tinggi pada tahun depan.

Honda X-ADV dikategorikan sebagai sebuah skuter adventur. Jentera ini menawarkan tunggangan penuh adventure dengan kemudahan kotak gear automatik.

Skuter tersebut menggunakan khidmat enjin bersesaran 745cc yang turut dipasang pada model NC700 berkuasa 54hp. Ruang di bawah pelananya menawarkan kapasiti penyimpanan barang sehingga 21 liter.

Bagi memberi keselesaan kepada penunggang, X-ADV menawarkan posisi tunggangan yang tegak bersama bar hendal setinggi 910mm. Manakala cermin penghadang angin pula boleh dilaras sehingga lima talaan.  

Bagi menyerlahkan lagi imej adventur, X-ADV dilengkapi penghadang hendal ala Africa Twin, bar hendal aluminium, meter instrumentasi ala rali dan tongkat tengah. Ia juga dibekalkan dengan sistem tanpa kunci (keyless) dan macam-macam lagi.

Di Thailand, X-ADV ditawarkan pada harga sekitar 415,000 baht (RM51,200) seunit. Seperti biasa, jangkakan harga untuk pasaran adalah lebih tinggi daripada itu.  

Sebagai sebuah jentera adventure touring terkenal, Honda CRF1000L Africa Twin sememangnya mempunyai peminat tersendiri di seluruh dunia. Africa Twin dijana oleh enjin empat injap parallel twin Unicam bersesaran  998cc yang kompak.

Mampu menjana kuasa mencecah 95hp dan tork 99Nm, enjin tersebut dipadankan dengan dua pilihan kotak gear iaitu enam kelajuan manual dan transmisi klac berkembar automatik DCT.

Sekali lagi menjadikan Thailand sebagai indikasinya, Africa Twin di sana ditawarkan pada harga sekitar 550,000 baht (RM67,880) seunit. Jadi, anda agak-agak bila dah sampai sini berapa pula harganya?

GALERI

Google ads
Back to top button