Motosikal

BOON SIEW HONDA RAI ULANG TAHUN KE-60 & PRODUKSI 5 JUTA MOTOSIKAL DI MALAYSIA

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH), baru-baru ini meraikan 60 tahun perniagaan serta produksi 5 juta motosikal Honda di Malaysia.

Perniagaan motosikal Honda di negara ini bermula pada tahun 1957 menerusi pembukaan bilik pameran pertamanya di Pitt Street, Pulau Pinang dengan 50 unit Honda Cub empat lejang.

Pada tahun 1969, produksi motosikal Honda bermula menerusi satu kerjasama teknikal. Pada tahun 2008 pula, Oriental Holdings Berhad dan Honda Motor Co. Ltd. telah membentuk satu syarikat kerjasama iaitu BSH untuk mengukuhkan lagi penjualan dan produksi motosikal Honda di Malaysia. 

BSH mula mengilang motosikal di kilang baharunya di Batu Kawan pada tahun 2013. Pencapaian produksi motosikal Honda di Malaysia adalah seperti berikut:

• 1986 – 1 juta unit

• 1999 – 2 juta unit

• 2007 – 3 juta unit

• 2011 – 4 juta unit

• 2017 – 5 juta unit

“Selama lebih 60 tahun, Oriental Holdings Berhad telah menjalin hubungan yang kukuh dengan Honda Motor. Visi kami adalah untuk menawarkan motosikal yang inovatif dan boleh dipercayai kepada pengguna,” kata Pengerusi BSH, Dato’ Seri Loh Cheng Yean.

Google ads
Back to top button