BOON SIEW PERKENAL LIVERY BAHARU UNTUK HONDA WAVE ALPHA & BEAT

SHARE

Boon Siew Honda meraikan ketibaan tahun 2019 dengan memperkenalkan pelekat atau livery baharu untuk dua moosikal popularnya, Honda Wave Alpha dan Honda BeAT.

Pengenalan livery itu dibuat untuk menarik lebih ramai pengguna yang mahukan motosikal berenjin kecil yang bergaya dan praktikal.

Honda Wave Alpha

Honda Wave Alpha merupakan antara peneraju dalam segmen kapcai. Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai Boon Siew menawarkan motosikal itu dalam variannya dengan rim lidi dan rim sport.

Varian berwarna kuning, biru dan merah yang dilengkapi brek cakera kini  hadir dengan jalur kuning. Sudah boleh dibeli dari pengedar sah Boon Siew, mulai hari ini, Honda WAvw Alpha ditawarkan pada harga RM4,275 (rim lidi) dan RM4,516 bagi varian rim sport.

Honda BeAT 

Honda BeAT yang mula diperkenalkan pada tahun 2016 sememangnya menjadi pilihan peminat skuter berkapasiti kecil. Generasi ketiga itu tampil lebih menarik dengan grafik baharu.

Hadir dengan empat warna pilihan iaitu merah, biru, hitam dan merah jambu, BeAT menjanjikan tunggangan yang lancar serta menjimatkan menerusi enjin selinder tunggal bersesaran 108.2cc.

Enjin empat lejang dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI itu mampu menjana kuasa 6.48kW dan tork 9.21Nm. Honda BeAT boleh anda miliki pada harga RM5,365 seunit.

Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Share this post

scroll to top