Motosikal

CAFE RACER 125 BANGKITKAN GHAIRAH BIKER

Pengenalan model Husqvarna 125 Vitpilen akan melengkapkan barisan model berkenaan. Sekali gus menyertai rangkaian model Vitpilen 401 dan 701.

Husqvarna-Vitpilen-401-MEKANIKA (3)

Vitpilen 125 masih membawa konsep yang sama dengan Vitpilen 401, berbentuk cafe racer. Kehadiran model tersebut yang dijangka sekitar 2017 itu menyasarkan penunggang baharu. Khas buat mereka yang ingin tampil bergaya dan gagah.

Husqvarna yang dimiliki syarikat pengeluar motorsikal Austria KTM menyatakan bahawa cafe racer 125cc itu dilengkapi enjin satu silinder. Ia turut berkongsi imej rekaan unik sepertimana model-model terdahulu.

Maklumat dan imej terperinci masih belum didedahkan sepenuhnya. Bagaimanapun, admin menjangkakan Vitpilen 125 dibina berasaskan kepada model KTM 125cc dan 200cc. Seperti mana Husqvarna 401 yang berasaskan KTM 390 Duke.

Husqvarna mempunyai rancangan agresif untuk menjadi pengeluar motosikal ketiga terbesar di Eropah. Sebahagian daripada strategi perancangan itu adalah melengkapkan barisan street bike. Model 401 dan 701 akan menjadi siri pertama diperkenalkan.

Pengenalan model berkenaan akan membezakan Husqvarna dengan KTM.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button