CHEVRON MALAYSIA LIMITED LANCAR MINYAK ENJIN MOTOSIKAL & SKUTER – 3 GRED, HARGA BERMULA RM30 SELITER

SHARE

Chevron Malaysia Limited hari ini melancarkan minyak enjin untuk motosikal dan skuter yang telah diperbaharui, Caltex Havoline Super 4T.

Ditawarkan dalam gred sintetik dan mineral, minyak enjin ini dilengkapi teknologi aditif ZOOMTECH dan C.O.R.E.

Teknologi tersebut memastikan enjin motosikal dapat beroperasi secara optimum dalam apa jua kondisi jalan raya.    

Minyak enjin ini hadir dalam beberapa gred iaitu Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40,  Super 4T Semi Synthetic SAE 10W-40 dan mineral. Harga yang ditawarkan ialah ialah RM67 untuk sintetik penuh, semi sintetik berharga RM30 dan mineral RM24 seliter.  

Minyak enjin untuk skuter sama ada semi sintetik atau mineral telah dinaik taraf untuk memenuhi standard terkini industry API SN.

Sesuai untuk kotak gear klac kering, ia mampu mengurangkan kadar geseran dan memaksimumkan prestasi enjin.  

Sempena pelancaran rangkaian minyak pelincir ini, Chevron Malaysia Limited akan menawarkan pek promosi.

Dengan setiap pembelian Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 atau Super 4T Semi Synthetic SAE 10W-40, pelanggan akan menerima sehelai tuala mikro gentian bersama jenama ‘Ride Strong’ secara percuma.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.caltex.com.my    

Share this post

scroll to top