Motosikal

CIRI RIDE COMMAND MOTOSIKAL INDIAN

Indian Motorcycle baru-baru ini mengumumkan bahawa ia memasang sistem infotainmen Ride Command baharu sebagai satu ciri standard pada model Chieftain dan Roadmaster.

Ride-Command-infotainment-Indian-Motorcycles-mekanika (1)

Menawarkan paparan yang terbaik dalam industri, Ride Command membolehkan pengguna membuat talaan sendiri.

“Kami mengambil masa yang lama untuk membangunkan sistem skrin sentuh ini. Kami tahu penunggang akan kagum dengan cara bagaimana mereka boleh mengubah skrin dengan maklumat yang diperlukan.

“Ride Command juga membolehkan mereka membuat sambungan dengan telefon bimbit untuk mendengar muzik atau menerima panggilan,” kata Pengarah Pemasaran Indian Motorcycle, Reid Wilson.

Ride-Command-infotainment-Indian-Motorcycles-mekanika (3)

Ride Command terdiri daripada paparan skrin bersaiz tujuh inci dengan resolusi 800×480 piksel. Skrin sentuh itu dikatakan dua kali lebih cerah berbanding telefon bimbit yang ada di pasaran sekarang. Ia sedia digunakan dalam tempoh 10 saat selepas enjin dihidupkan.

Selain antara muka yang mudah difahami, sistem infotainmen itu turut dilengkapi lima butang untuk pengguna menukar fungsinya. Skrin sentuh tersebut mesra sarung tangan dan dapat berfungsi seperti telefon pintar.

Ride-Command-infotainment-Indian-Motorcycles-mekanika (2)

Ia menawarkan lapan pilihan skrin dengan apa jua kombinasi. Pengguna boleh memilih:

  • Status motosikal (tekanan tayar, voltage, tempoh operasi enjin, penukaran minyak)
  • Maklumat motosikal (kelajuan, jarak bahan api, rpm, gear)
  • Perjalanan 1 (jarak bahan api, perbatuan, penjimatan dan pengguna purata bahan api, kelajuan)
  • Perjalanan 2 (sama seperti Perjalanan 1)
  • Audio
  • Bluetooth
  • Peta/Navigasi

Ride Command disambungkan terus dengan sistem audio premium Indian Motorcycle berkuasa 100W/200W.

Google ads
Back to top button