Motosikal

DAINESE LANCAR SISTEM D-AIR ARMOR

Pengeluar peralatan lengkap untuk penunggang motosikal , Dainese baru-baru ini memperkenalkan D-air® Armor.

dainese-D-air-armor-mekanika (3)

D-air® Armor ialah platform terbuka untuk sistem beg udara yang berasaskankepada teknologi D-air®. Sistem inovatif ini merupakan hasil penyelidikan D-Tec® (Pusat Teknologi Dainese) selama 15 tahun ke atas teknologi beg udara.

D-air® Armor ialah bahagian dalam sut perlumbaan yang turut merangkumi D-air® Air-Bag. Pelindung bahagian belakang itu menempatkan keseluruhan sistem tersebut  termasuklah elektronik, generator gas, pendawaian, bateri dan GPS.

 

 dainese-D-air-armor-mekanika (5)

Jenama jaket Vircos dan Furygan akan menjadi antara jenama terawal menggunakan teknologi baharu Dainese ini.

dainese-D-air-armor-mekanika (1)

“Menawarkan D-air® Armor kepada semua pelumba dalam siri kejuaraan dunia sememangnya satu pencapaian penting buat kami. Kami harap teknologi ini akan diguna pakai oleh jenama-jenama lain. Sekali gus dapat meningkatkan keselamatan semua pelumba,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dainese, Cristiano Silei.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button