Artikel PilihanMotosikal

DORNA CADANG “MILLER RULE” – PENALTI RIDE THROUGH JIKA MENUKAR MOTOSIKAL SEBELUM PERLUMBAAN BERMULA

Selepas insiden permulaan perlumbaan yang bercelaru dalam pusingan MotoGP Argentina baru-baru ini Dorna cadangkan peraturan baru yang dinamakan “Miller Rule”. Ia diambil sempena nama Jack Miller yang merupakan satu-satunya pelumba yang kekal di dalam grid bila pelumba lain semuanya masuk ke pit untuk menukar jenis tayar. Undang-undang baru ini akan diguna pakai di Mugello sebaik mendapat kelulusan Grand Prix Commission.

Prosedur permulaan perlumbaan baru ini bertujuan memberi penjelasan tentang apa yang akan berlaku jika pelumba meninggalkan grid untuk menukar tayar pada awal perlumbaan. Jika pelumba meninggalkan grid selepas pusingan awal (sighting lap), mereka masih dibenarkan bermula dari petak awal mereka tetapi mereka akan dikenakan penalti ride through semasa perlumbaan.

Sama juga jika pelumba masuk ke pit untuk menukar motosikal di penghujung pusingan pemanasan, mereka harus memulakan perlumbaan dari pit dan kemudian dikenakan penalti ride through. Hanya pelumba yang masuk ke pit akibat masalah teknikal dan berlepas dengan tayar yang sama tidak akan dikenakan penalti.

Perubahan ini dicadangkan setelah mengambil kira nasib yang menimpa Jack Miller baru-baru ini. Miller memilih untuk kekal di grid walaupun 23 pelumba lain semuanya masuk ke pit untuk menukar tayar masing-masing. Kekeliruan timbul bila kedudukan grid masing masing berubah beberapa tempat di belakang Miller sekaligus menyebabkan kelewatan. Miller pula hanya mendapat sedikit kelebihan sedangkan beliau layak mendapat lebih dari itu.

BACA: KENAPA ZARCO PILIH KTM? BUKAN HONDA? BUKAN DEMAK? BETUL KE BELIAU RASIS?

Bila peraturan baru ini dikuatkuasa, kedudukan grid masih tidak berubah dan tidak mengganggu jadual asal cuma kali ini kesemua 23 pelumba kecuali Miller mesti dikenakan penalti ride through sekaligus memberikan Miller kelebihan hampir 30 saat dalam perlumbaan.

Malah peraturan baru ini juga merupakan realiti masalah yang timbul jika pelumba memilih tayar yang salah. Kesannya penalti ride through ialah ia bersamaan dengan pelumba masuk ke pit untuk menukar motosikal selepas memulakan perlumbaan dengan tayar yang salah.

Bagaimanapun semua pasukan akan menerima peraturan ini belum dapat dipastikan. Sama ada mereka akan menjadi lebih agresif dalam pemilihan tayar sewaktu litar kering ataupun mengambil langkah selamat dengan menunggu sehingga ke saat akhir untuk pemilihan tayar? Sama-sama kita saksikan nanti. Mungkin juga mereka akan ke grid lebih awal dan melakukan proses penukaran tayar di grid juga satu kemungkinan.

Google ads
Back to top button