DUCATI 1199 SUPERLEGGERA

SHARE

Memang boleh tersedak apabila membaca artikel berkaitan model terbaharu yang ditawarkan oleh Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) ini. 0001 Apa tidaknya, jentera yang dikenali sebagai Ducati 1199 Superleggera itu dijual pada harga RM488,888!

Apa yang membuatkan motosikal ini terlalu mahal harganya? Selain ia merupakan edisi terhad, Ducati 1199 Superleggera ialah motosikal paling ringan di dunia. 4-05 1199 Superleggera Jentera itu didakwa mempunyai kuasa 200hp dengan berat hanya 155 kilogram. Ini sekali gus menjadikannya sebuah jentera dua roda yang memiliki nisbah kuasa dan berat paling tinggi dalam sejarah produksi mana-mana motosikal. Kombinasi itu dapat dihasilkan menerusi penggunan material-material mahal seperti titanium, magnesium dan gentian karbon. 6-07 1199 Superleggera Ducati 1199 Superleggera dibina di atas kerangka Panigale ‘R’. Ia terdiri daripada kerangka monocoque yang diperbuat daripada magnesium, rim tempaan Marchesini magnesium dan satu sub kerangka belakang karbon fiber. Jentera itu turut dilengkapi bateri lithium-ion dan sistem ekzos titanium sepenuhnya . SONY DSC Rekaan itu dipertingkatkan lagi melalui suspensi hadapan Öhlins FL916 yang ringan dan suspensi belakang Öhlins TTX36 bersama pegas gegelung titanium. Tugas membrek diberikankan kepada sistem brek Brembo M50 Monobloc MCS 19-21 gaya perlumbaan. 9-12 1199 Superleggera Sementara aspek final drive dinaik taraf dengan penggunaan gegancu belakang (rear sprocket) jenama Ergal yang ringan dan rantai pacuan World Superbike-spec 520. SONY DSC Pengenalan model tersebut dilakukan oleh Naib Presiden NAZA Two Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood dan Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd, CW Juan. Majlis diadakan di bilik pameran Ducati di pusat beli-belah Pavilion KL. Bagi sesiapa yang ingin melihat Ducati 1199 Superleggera secara dekat, anda boleh berbuat demikian sehingga 23 Januari 2014. 3-03 1199 Superleggera Hanya 500 unit Ducati 1199 Superleggera dihasilkan di seluruh dunia. Setiap satunya mempunyai nombor sirinya yang tersendiri. Eksklusitiviti ini bermakna Ducati akan mengambil pendekatan yang sangat selektif ketika menentukan siapa yang layak memiliki mesin tersebut. Maksudnya, walaupun anda ada duit berkoyan-koyan macam Ismet Ulam Raja, belum tentu anda boleh membelinya. 1-01 1199 Superleggera Pelanggan yang ingin membeli Ducati 1199 Superleggera perlu melalui proses senarai pendek sebelum pihak Ducati Motor Holding S.p.A. memperuntukkan motosikal itu kepada pembeli terpilih. Jangan tak percaya, beberapa orang individu di Malaysia akan menerima Ducati 1199 Superleggera pada tahun ini!

(Visited 206 times, 2 visits today)

Share this post

scroll to top