Motosikal

DUCATI 899 PANIGALE

Perlumbaan MotoGP sering menjadi medan terbaik untuk pengeluar motosikal memperkenalkan jentera terbaharu masing-masing. Di Malaysia, jenama yang paling aktif memperkenalkan produk baharu pastinya Ducati menerusi pengedarnya Next Bike Sdn. Bhd. 

899 Panigale_009

Selepas Diavel Strada, Diavel Stripe, Hypermotard dan Hyperstrada, Ducati Malaysia dilihat terus agresif apabila memperkenalkan pula model yang dinanti-nanti, Ducati 899 Panigale.

Pelancaran yang mengambil tempat di Litar Antarbangsa Sepang (SIC) itu dibuat sempena perlumbaan MotoGP di sana. Jentera tersebut diperkenalkan oleh pelumba pasukan Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso.

_S222101

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengenalan Ducati 899 Panigale adalah bukti kesungguhan Ducati Malaysia untuk menawarkan produk terkini dan terbaik buat peminat jentera Ducati di negara ini.

Lebih menarik lagi, ia merupakan pelancaran Ducati 899 Panigale yang pertama di rantau Asia. Ia diterbangkan khas ke Malaysia selepas dilancarkan secara rasmi di peringkat global pada bulan lalu.

130913duc

Sejarah panjang Ducati dalam dunia perlumbaan dan kepakarannya membina motosikal jalanan membawa kepada penghasilan Ducati 899 Panigale. Ia disifatkan sebagai sebuah jentera ‘Supermid’ berbanding versi 1199 Panigale yang memiliki sesaran enjin lebih besar.

Dalam erti kata lain, Ducati 899 Panigale menjadi gerbang untuk masuk ke dunia motosikal berprestasi premium. Jentera itu direka untuk memberikan penunggang keterujaan menunggang model generasi baharu bersama praktikaliti sebuah motosikal bagi tunggangan harian.   

899 Panigale_021

Dibina di atas chasis monocoque, prestasinya terletak pada unit enjin L-Twin 899 Superquadro yang  mencapai keseimbangan pengendalian dan kawalan sempurna. Enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 148hp.

Keyakinan penunggang ditingkatkan dengan pelbagai teknologi canggih yang ada padanya. Dengan hanya menekan butang, penunggang boleh menukar mode pemanduan mengikut kesesuaian tunggangan.

130913duc-2

Ducati 899 Panigale juga cuba untuk menjadi salah sebuah jentera paling selamat dengan rangkaian sistem keselamatan. Ini termasuklah Ducati Traction Control (DTC), Ducati Electronic Suspension (DES), Ducati Quick-Shift (DQS), Engine Brake Control (EBC) yang berdasarkan kepada perlumbaan dan sistem Ride-by-Wire (RbW).

Untuk permulaan, Ducati Malaysia menawarkan Ducati 899 Panigale yang diimport sepenuhnya dari Bologna, Itali pada harga RM108,888. Yakin dengan kemampuan kilang Ducati di Thailand,  Ducati Malaysia akan membawa model tersebut dari Thailand bermula pertengahan 2014.

[hr] Galeri 

_S242108899 Panigale_020100913duc0020003130913-1-b-duc

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button