DUCATI DAN LOCMAN HASILKAN JAM TANGAN – HARGA BERMULA RM3,450

SHARE

Bagi meraikan ulang tahun ke-93 jenama pakaian dan koleksi aksesori lelaki terkenal Pitti Uomo, Ducati dan Locman memperkenalkan jam tangan terbaharu mereka kepada pengguna di seluruh dunia.

Hanya 1,000 unit akan dijual, jam tangan itu merupakan hasil kerjasama di antara kedua-dua buah syarikat sejak awal tahun lalu. Koleksi terkini jam tangan tersebut menyerlahkan aspek teknologi tinggi dan semangat kompetitif dunia motosikal.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Jam tangan Ducati Locman dihasil daripada gabungan mesin yang menggunakan material-material seperti titanium, gentian karbon, besi tahan karat AISI 316L dan silikon. Aksesori itu ringan dan tahan atas apa jua bentuk tekanan.

Mempunyai reka bentuk yang unik dan sporty, jam tangan tersebut menggabungkan aspek kelakian dengan teknologi. Tampil bersama kemasan yang cantik, ia kalis air sehingga kedalaman 100 meter.

Jam tangan itu juga menggunakan enjin mekanikal yang dibangnkan oleh pihak S.I.O. (Scuola Italiana di Orologeria).

Ditawarkan pada harga €698 (RM3,450) untuk model quartz chronographer dan €750 (RM3,600) seutas, ia akan mula dijual pada April di semua Locman Boutiques serta kedai-kedai barang kemas.

Share this post

scroll to top