DUCATI-LOCMAN PERKENAL KOLEKSI JAM TANGAN BAHARU – BERMULA RM1,400 SAHAJA

SHARE

Sama seperti tahun lalu, Ducati dan pengeluar jam tangan yang berpangkalan di Elba, Itali sekali lagi bekerjasama untuk memperkenalkan koleksi terbaharu mereka. 

Jam tangan sports itu akan diperagakan pada acara Piti Immagine itu tampil dengan reka bentuk unik dan berteknologi tinggi. Sesuai untuk mereka yang gemarkan motosikal Itali, jam tangan tersebut menyerlahkan semangat kompetitif serta rekaan menarik.  

Koleksi Locman Ducati terdiri daripada empat model yang setiap satunya menggunakan mekanisma berbeza. Pelanggan boleh memilih sama ada model Solo Tempo, Chronograph dengan masa 24 jam, Chronograph bersama tiga jarim dan Meccanico Automatico Solo Tempo. 

Ditawarkan pada harga bermula €299 (RM1,400) hingga €598 (RM2,800) seutas, semua jam itu didatangkan dengan reka bentuk bulat dan ringan. 

Kerangka yang bersaiz 42mm itu diperbuat daripada logam tahan karat 316L. Sementara talinya pula ialah silikon hypoallergenic lembut atau kulit bersama jahitan berwarna kontras. 

Jam tangan ini sudah boleh didapati di pasaran Jepun dan Itali. Pelanggan juga boleh membeli secara dalam talian menerusi www.locman.it

Share this post

scroll to top