DUCATI MAHU HASILKAN JENTERA MOTOCROSS 450cc?

SHARE

Sejak kebelakangan ini, muncul berita bahawa Ducati mungkin sedang membangunkan sebuah jentera motocross bersesaran 450cc.

Harus diakui khabar angin itu agak pelik. Tetapi, jika benar-benar menjadi kenyataan, ia memang satu berita yang besar daripada Ducati. Sebabnya mudah, berita itu agak mustahil kerana hala tuju portfolio Ducati tidak pernah menyebut tentang jentera motocross.

Berita tersebut timbul selepas Ducati mengambil alih jenama motosikal TM Racing. Malah gambar di atas hanyalah imej grafik yang dihasilkan oleh Oberden Bezzi. Bezzi dikatakan sering menghasilkan reka bentuk konsep motosikal yang mungkin wajar dibina oleh pengeluar.   

BACA: KTM BERMINAT UNTUK AMBIL ALIH DUCATI

Sebelum ada yang rasa terlebih teruja, sebelum ini ada laporan menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati mengakui pihaknya tidak berminat untuk menyertai pasaran motocross.

Andai kata tiba-tiba Ducati berubah fikiran, enjin desmodromic selinder tunggal itu dilihat memang cukup sesuai digunakan.

Share this post

scroll to top