DUCATI PAMER SCRAMBLER 1100 SPECIAL DI GENEVA

SHARE

Ducati mengujakan pengunjung acara Geneva International Motor Show 2018 yang beakal berakhir pada hujung minggu ini apabila memperkenalkan Ducati Scrambler 1100 Special.

Jentera itu dilihat melengkapkan rangkaian model Scrambler yang sememangnya cukup popular dalam kalangan komuniti Ducati scrambleristi di seluruh dunia.

Mula diperkenalkan kepada umum pada EICMA 2017, Scrambler 1100 tampil dengan rekaan jentera lebih besar, teknologi, prestasi, kemasan yang sangat berkualiti dan selesa.

Tiga varian ditawarkan iaitu Ducati Scrambler 1100, Ducati Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport. Pendek kata, ia mampu memenuhi apa jua kehendak penunggang di luar sana.

Jentera itu menggunakan enjin L-twin yang turut dipasang pada Monster 1100. Enjin dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 1,079cc itu mampu menjana kuasa mencecah 86hp.

Sama seperti Scrambler sedia ada, enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan bersama slipper clutch.

Tambah baik paling ketara pada Ducati Scrambler 1100 adalah dari segi sistem elektroniknya. Ia kini menawarkan pelbagai mode tunggangan seperti Active, Touring dan City, selain lima tahap kawalan cengkaman.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi sistem brek Cornering ABS. Di samping brek Brembo pada kedua-dua buah roda.

Ducati Scrambler 1100 bakal berada di para pengedar Duacti di Eropah mulai pertengahan bulan ini.

GALERI

Share this post

scroll to top