DUCATI PANIGALE V4 – MOTOSIKAL PALING CANTIK EICMA 2017

SHARE

Ducati Panigale V4 dinobat sebagai “Motosikal Paling Cantik” dalam acara pameran jentera dua roa terbesar di dunia, EICMA 2017.

Biarpun disaing sengit oleh jentera-jentera lain, motosikal berkuasa tinggi itu menjadi model kesembilan Ducati yang meraih pengiktirafan sama.

Pertandingan yang dianjurkan oleh majalah motosikal terkenal Itali, Motociclismo itu sudahpun memasuki edisi ke-13.

Lebih 16,000 peminat motosikal memilih Panigale V4 sebagai pilihan pertama mereka. Sekali gus menjadi jentera paling popular dalam kalangan pengunjung EICMA 2017 dan pembaca laman web Motociclismo.

Superbike terbaharu Ducati tersebut menerima undian dengan margin sebanyak 61.7 peratus daripada undian keseluruhannya.

Pereka Kanan dari Pusat Reka Bentuk Ducati dan projek Panigale V4, Julien Clement menerima anugerah itu bagi pihak Ducati.

Dijana oleh Desmosedici Stradale V4 berkuasa 210hp, ia merupakan enjin versi jalanan yang dibangunkan sepenuhnya menerusi teknologi perlumbaan MotoGP Ducati.

Seperti yang dijangka, EICMA 2017 terus mendapat sambutan apabila mencatat kunjungan lebih 600,000 orang, meningkat berbanding tahun sebelumnya.

BACA: INILAH DIA YANG DITUNGGU – DUCATI DESMOSEDICI STRADALE V4, 1,103cc DAN 210HP! 

GALERI

(Visited 1,537 times, 21 visits today)

Share this post

scroll to top