EDDIE LAWSON TOLAK TAWARAN RM4.5 JUTA BELI KAWASAKI KZ1000R #21

SHARE

Pelumba lagenda MotoGP kelahiran Amerika Syarikat, Eddie Lawson dilaporkan telah menolak tawaran lumayan untuk membeli sebuah motosikalnya.

Memetik laporan motorcycle.com, seorang pengumpul motosikal klasik dari Jepun menawarkan Eddie AS$1 juta (RM4.5 juta) untuk membeli Kawasaki KZ1000R serial #21 miliknya.

kawasaki-kz1000r-eddie-lawson-replica-mekanika-3

Jentera itu dihadiahkan oleh Kawasaki kepada Eddie pada tahun 1983. Harus tahu bahawa Kawasaki KZ1000R merupakan motosikal edisi khas yang sukar didapati. Ia dibina oleh Kawasaki sebagai meraikan kejayaan Eddie dalam perlumbaan AMA Superbike pada tahun 1981 dan 1982.

BACA: PENGGANTI KAWASAKI Z800, Z900 PREBIU BULAN DEPAN!

BACA: KAWASAKI INDONESIA LANCAR VERSYS-X 250, HARGA BERMULA RM20K 

Populariti pencapaian Eddie membuatkan Kawasaki menghasilkan Kawasaki KZ1000R Eddie Lawson Replica (ELR). Hanya 750 unit motosikal street dengan gayaan superbike itu dihasilkan.

kawasaki-kz1000r-eddie-lawson-replica-mekanika-5

ELR dilengkapi enjin double-overhead cam, empat silinder sebaris dengan sistem penyejukan udara bersesaran 998cc. Enjin itu didakwa mampu menjana kuasa 79hp @ 8,500rpm dengan pecutan maksimum 206km/j.

Pada tahun 1981 dan 1982, motosikal replika itu dijual pada harga sekitar AS$4,400 (RM19,700). Kini harganya dikatakan mencecah AS$11,000 (RM49,200) seunit.

kawasaki-kz1000r-eddie-lawson-replica-mekanika-6

Apa yang membuatkan motosikal tersebut begitu menyerlah ialah warna hijau Kawasaki. Pada zaman itu, warna memainkan peranan penting dalam mewakili jenama sesebuah motosikal.

Eddie ialah bekas juara dunia Grand Prix sebanyak empat kali. Apa yang membuatkan dia seorang lagenda ialah Eddie jarang sekali terlibat dalam kemalangan dan sentiasa konsisten dalam menamatkan perlumbaan, sekali gus memperoleh mata. Sebab itulah dia turut dikenali sebagai “Steady Eddie”.

kredit foto: motorcycle.com

(Visited 212 times, 5 visits today)

Share this post

scroll to top