Motosikal

EICMA 2017 BUKA TIRAI DI MILAN, ITALI

Untuk makluman semua, abang Japar sekarang berada di Milan, Itali untuk membuat liputan menyeluruh acara Esposizione Internazionale Ciclo Motociclo e Accessori (terbelit lidah nak sebut) atau lebih mudah dikenali sebagai EICMA 2017.

Selain Intermot yang diadakan di Cologne, Jerman setiap dua tahun, EICMA merupakan pameran motosikal terbesar di dunia dan paling ramai dikunjungi oleh peminat motosikal. Malah pada tahun 2016 jumlah pengunjungnya dikatakan mencecah setengah juta ribu orang dari lebih 31 buah negara.   

Boleh dikatakan hampir semua pengeluar motosikal serta pembuat produk berkaitan seperti tayar, kelengkapan menunggang, topi keledar dan aksesori berada di sini. Kalau diikutkan keluasan, mungkin enam atau tujuh kali ganda ruang pameran di PWTC. Ala, tempat yang buat Malaysian Motor Show dulu, takkan tak ingat. 

Sudah memasuki edisi yang ke-75, EICMA dilihat semakin matang dan gah. Di sinilah pembuat motosikal akan membuat penampilan dunia model-model penting mereka atau mempamerkan jentera konsep serta inovasi teknologi terkini masing-masing.

EICMA 2017 tidak terkecuali, saya akan cuba sehabis baik untuk membuat laporan tentang motosikal terkini yang diperkenalkan. Untuk tahun ini, beberapa acara menarik disediakan.

Antaranya ialah Motolive yang menampilkan perlumbaan motosikal seperti International Supermoto, pusingan akhir Lombardia, Piemonte Supermoto X-Off-road dan banyak lagi.  

Seperti biasa, EICMA 2017 akan dimulakan dengan hari untuk media pada hari ini (7 November) hingga esok. Nasib baik juga penganjur beri dua hari untuk kami bekerja. Kalau tidak, gambar mesti nampak orang dan bukannya motosikal. Ia kemudian akan membuka pintu kepada orang awam pada 9 hingga 12 November depan.

Dilangsungkan di dewan pameran yang terletak di Rho Fiera, lokasi ini mudah diakses melalui keretapi Metro (Metropolitana) mahupun bas. Harga tiket ialah €21 atau RM103 sekeping. 

Sementara abang Japar nak jalan-jalan dan buat liputan EICMA 2017, korang layan la dulu gambar-gambar ni…

GALERI EICMA 2017 EPISOD SATU

Google ads
Back to top button