EICMA 2017: HONDA CB4 INTERCEPTOR CONCEPT – HASIL KERJA PASUKAN R&D HONDA ROME

SHARE

Antara perkara yang menarik apabila mengunjungi pameran seperti IECMA 2017 ialah model-model konsep yang diperkenalkan oleh pembuat motosikal dari seluruh dunia.

Honda nyata tidak mengecewakan apabila mengetengahkan jentera CB4 ‘Interceptor’ Concept. Sebelum ini, Honda ada mempamerkan model konsep CB4 dan CBSix50. Jadi, Interceptor ini boleh disifatkan sebagai pelangkap siri motosikal berkenaan.

Motosikal berwarna hitam (Honda menamakannya sebagai Total Black) itu merupakan hasil kerja divisyen pembangunan dan penyelidikan Honda di Rome Itali.

Model tersebut dibina berdasarkan kepada hala tuju jentera sports endurance.

Antara ciri menarik pada model konsep ini ialah sebuah kipas yang mampu menukar tenaga kinetik motosikal menjadi tenaga elektrik untuk menjana skrin sentuh pada tangki. Skrin sentuh itu kemudian memaparkan maklumat navigasi, panggilan telefon dan sebagainya.

Berbeza dengan model konsep lain, Interceptor dilihat lebih bersedia untuk diproduksi. Malah timbul khabar angin bahawa Honda merancang untuk menghasilkan motosikal ini.

Berdoa sahaja lah..  

GALERI  

(Visited 492 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top