Motosikal

EICMA 2017: YAMAHA TENERE 700 WORLD RAID – INSPIRASI JENTERA RALI DAKAR

Setahun lalu, Yamaha ada memperkenalkan model Concept T7 yang merupakan sebuah prototaip untuk segmen motosikal adventure.

Di EICMA 2017 kali ini, Yamaha terus membuatkan orang ramai tertanya-tanya tentang model berkenaan apabila mempamerkan pula model Ténéré 700 World Raid.

Prototaip itu menggunakan enjin dua silinder bersesaran 689cc yang sama pada MT-07.

Terima kasih kepada reka bentuk kompak dan hantaran kuasa yang linear, versi enjin CP yang dibangunkan khas ini menawarkan prestasi terbaik sama ada di atas jalan biasa mahupun off-road.

Walaupun gayanya begitu agresif, pasukan jurutera Yamaha sedaya upaya memastikan Ténéré 700 World Raid memiliki ciri yang boleh diakses oleh kelompok penunggang yang lebih luas. Ini termasuklah tempat duduk yang lebih rendah berbanding model asventure sekelasnya dengannya.

Panel sisi, fender hadapan dan monobloknya diperbuat daripada karbon. Manakala lampu utama jenis projektor optik diinspirasikan daripada jentera rali Dakar.

Pelekat pada badannya pula terus menggunakan warna biru (Racing Blue) dan kemasan gentian karbon daripada Concept T7. Ia turut menggunakan ekzos Akrapovič untuk perlumbaan rali yang menyerlahkan lagi prestasi serta penampilannya.

Kerangka besi model adventure itu telah direka untuk memberikan pengendalian yang lebih mantap. Papan instrumentasi direka untuk membolehkan penunggang memasang gajet tambahan seperti GPS.

Sebelum diproduksi secara rasmi, Yamaha bakal menguji prototaip tersebut di seluruh dunia termasuklah di Amerika, Australia, Afrika dan Eropah.

GALERI

Google ads
Back to top button