Motosikal

FOTO YAMAHA M-SLAZ DIDEDAHKAN!

Berita ini pasti menarik perhatian anda. Thailand bakal melancarkan model Yamaha M-Slaz pada Thailand International Motor Expo 2015.

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika (2)

Ia disahkan menerusi satu video teaser yang dikeluarkan oleh Yamaha Motor Company Thailand (Yamaha Thailand).

Dalam video  tersebut, Yamaha hanya mendedahkan dua bahagian M-Slaz. Pertama ialah bahagian lampu hadapan bersama suspensi berwarna emas. Rekaan lampu berkenaan kelihatan sporty. Lampu utama dikatakan bakal menggunakan teknologi LED.

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika (5)

Sementara, bahagian kedua ialah  skrin LCD digital pelbagai informasi yang lebih moden. Di akhir teaser berkenaan, Yamaha Thailand mengumumkan model tersebut bakal didedahkan pada 1 Disember depan.

M-Slaz dikuasakan oleh enjin 150 cc satu silinder sejukan SOHC dengan kuasa 17PS @ 8,500 rpm dan tork setinggi 15Nm @ 7,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan.

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika (3)

Kemunculan model tersebut di Thailand akan menjadi debut dunia sebelum dilancarkan di Indonesia.

Dengan tagline, ‘Slash Your Darkness’ model tersebut dipercayai jentera MT-15. Harga motosikal itu dianggarkan sekitar 85,000 bhat (RM8,500).

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika (4)

Lebih menarik, beberapa imej M-Slaz turut bocor di alam maya selepas model tersebut dipertontonkan pada wakil-wakil pengedar Yamaha Thailand.

Ingin tahu? Tonton video di bawah:

Sumber Foto: Laman Facebook Yamaha MT-15 Thailand

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button