Motosikal

HARGA RASMI HONDA CBR 250RR DIUMUMKAN, BERMULA RP63 JUTA (RM20K)

Sejak dilancarkan pada Julai lepas di Jakarta, Honda CBR 250RR telah mendapat respon dunia yang cukup baik. Sewaktu diperkenalkan kepada dunia, Astra Honda Motor (AHM) tidak mengumumkan spesifikasi lengkap dan harga cuma ada anggaran sahaja iaitu bermula 65 Juta Rupiah.

Semalam, bertempat di Indonesia Motorcycle Show (IMOS), AHM telah mengumumkan harga rasmi jualan. Agak mengejutkan kerana ia lebih rendah. Versi asas, dijual pada harga 62.9 Juta (RM20,000) harga lengkap atas jalan bagi wilayah Jakarta.

Berikut adalah senarai penuh harga mengikut spesifikasi.

Honda CBR250RR (STD) – Rp 62.900.000
Honda CBR250RR (ABS) – Rp 68.900.000
Honda CBR250RR Racing Red (STD) – Rp 63.500.000
Honda CBR250RR Racing Red (ABS) – Rp 69.500.000

Honda-CBR250RR

CBR 250RR ini dikuasakan oleh enjin baru paralel 2 selinder sejukan cecair DOHC 250cc yang dilengkapi sistem Throttle-by-Wire (TBW). Hadir sama ialah 3 pilihan mod pemanduan. Ekzos saluran tepi dibina dengan peredam bunyi berkembar.

Sistem suspensi depan didatangkan dengan set fork terbalik (upside down) sementara bahagian belakang diadaptasi sistem suspensi Honda Pro-Link. Brek depan dengan cakera 310mm dan belakang 240mm

 

 

 

Google ads
Back to top button