Motosikal

HARLEY-DAVIDSON LANCAR ROAD KING SPECIAL 2017

Pengeluar motosikal berkuasa tinggi terkenal Amerika Syarikat, Harley-Davidson memulakan tahun 2017 menerusi pengenalan model baharunya, Road King Special.

Mengekalkan tradisi rekaan jentera Harley-Davidson bersama sedikit sentuhan moden, Road King Special jelas tampil begitu garang. Motosikal tersebut menggunakan enjin baharu Milwaukee-Eight V-twin.

Ia menjadi model pertama yang bahagian enjinnya dihitamkan. Selain enjin, Harley-Davidson menampilkan kelainan dengan tidak lagi mengetengahkan kemasan krom. Sebaliknya ia ditukar dengan warna hitam atau kelabu matte.

BACA: EKZOS SAMSON UNTUK HARLEY-DAVIDSON, 51 INCI KAU!

“Anda sudah boleh melihatnya dari jauh. Jentera ini besar dan dramatik seperti sebuah lokomotif yang bergerak pada waktu malam. Komponen seperti lampu utama, fork hadapan, rim, enjin dan ekzos semuanya dihitamkan,” kata jurucakap Harley-Davidson.

Melihat dengan lebih dekat, Road King Special mempunyai fender dengan profail rendah dan beg sisi. Selain ringan, ia juga lebih rendah berbanding model standard dengan hanya 26.4 inci.

BACA: MASA DEPAN HARLEY-DAVIDSON SEMAKIN KELAM? 

Bukan itu sahaja, Road King Special ialah motosikal Harley-Davidson paling besar yang tidak ada fairing dan menawarkan pengalaman tunggangan unik.

Road King Special hadir dengan warna istimewa iaitu Olive Gold. Sama seperti warna hitam (Charcoal Denim), jentera itu ditawarkan pada harga AS$22,449 (RM99,376). Manakala warna hitam (Vivid Black) berharga AS$21,999 (RM97,737) dan merah (Hard Candy Custom Hot Rod Flake) pula ialah AS$21,399 (RM95,071) seunit.

GALERI

 

Google ads
Back to top button