Motosikal

HJC TAMBAH KOLEKSI TOPI KELEDAR DENGAN GRAFIK SPIDER-MAN & IRON MAN

Pengeluar topi keledar terkemuka, HJC telah menambah grafik adiwira Spider-Man dan Iron Man yang baru bagi meraikan tayangan filem Spider-Man: Homecoming.

Grafik pada topi keledar CS-R3 Spider-Man: Homecoming jelas menggambarkan sut digital baharu Spider-Man yang berwarna merah dan biru. Ia diinspirasikan daripada filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, HJC ada menawarkan topi keledar RPHA 11 yang menggunakan grafik klasik Spider-Man. Kini, grafik terbaharu akan dipadankan dengan model CS-R3 yang merupakan antara topi keledar utama keluaran HJC.

Selain Spider-Man, topi keledar dengan motif Iron Man turut diperkenalkan. Ia kini tampil dengan warna merah dan emas metalik yang lebih sofistikated pada model RPHA 70 ST baharu.

RPHA 70 ST ialah sebahagian daripada siri high-end RPHA yang direka untuk jentera Sport Touring. Ia dilengkapi ciri penahan cahaya pada bahagian dalam yang boleh dinaik dan diturunkan mengikut kesesuaian.

Menurut HJC, topi keledar CS-R3 Spider-Man: Homecoming akan mula berada di semua pengedar sah HJC pa 7 Julai depan. Manakala RPHA 70 ST Iron Man boleh didapati sekitar Oktober 2017.

CS-R3 Spider-Man Homecoming ditawarkan dalam saiz XS hingga 2XL. Topi keledar yang memenuhi piawaian DOT / ECE itu berharga AS$159.99 (RM688). Manakala RPHA 70 Iron Man Homecoming ditawarkan pada harga bermula AS$609.99 (RM2,622) seunit.

BACA: HJC PERKENAL TOPI KELEDAR LUKE SKYWALKER X-WING

Google ads
Back to top button