HLYM LANCAR LAMAN WEB DAN APLIKASI MUDAH ALIH BAHARU

SHARE

Dalam usaha memantapkan aspek digital perniagannya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) semalam memperkenalkan laman web yang telah ditambah baik dan aplikasi telefon pintar baharu.

Aplikasi dan laman web itu bertujuan menjadi platform digital buat HLYM menguarkan-uarkan mengenai produk dan perkhidmatan terbarunya.  Laman web yang boleh dicapai menerusi pautan www.yamaha-motor.com.my itu dilihat lebih mesra pengguna dan interaktif.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Ia memaparkan pelbagai menu penting seperti Korporat, Produk, Berita & Acara, Rangkaian Yamaha dan Hubungi Kami.

Jika sebelum ini produk motosikal kecil dan jentera berkuasa tinggi dipisahkan menerusi satu microsite, namun ia kini telah disatukan di bawah satu laman web sahaja.

Anda juga akan perasan bahawa ia mempunyai lebih banyak kandungan video dan gambar. Jadi, jangan hairan jika laman web ini memerlukan sedikit masa untuk dibuka sepenuhnya.

Pengalaman pelayar ditingkatkan dengan ciri view 360 darjah pada setiap model motosikal yang dipilih. Pelanggan boleh mengeyahui pelbagai ciri istimewa sesebuah jentera Yamaha di bawah menu “Features”.

Bagi memudahkan urusan pengedar, menu E-Daftar kini diletakkan pada bahagian laman ini. HLYM juga mahu mengurangkan cetakan brosur dan sebagainya. Maka, pengedar dan pelanggan boleh memuat turun brosur, katalog alat ganti, manual pemilik dan galeri gambar dengan lebih mudah. 

Aplikasi Yamaha Motor Malaysia

Sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak dan lebih gemar melihat telefon bimbit berbanding komputer. Buat masa sekarang, pasukan digital dan inovasi HLYM sedang giat membangunkan fasa kedua aplikasi terbabit.

Antara penambahan dalam fasa kedua ialah:

  • Sistem pembelian secara dalam talian dan penghantaran ke pintu rumah
  • Program Kesetiaan Pelanggan untuk ganjaran dan rebat eksklusif
  • Imbasan kod bar untuk menentukan ketulenan alat ganti Yamaha
  • Tempahan servis penyelenggaraan E-Booking
  • Sistem rekod E-Service
  • Bank Data rangkaian jualan dan servis Yamaha di seluruh negara
  • Integrasi pengesanan dan sistem anti-kecurian pada masa sebenar

Aplikasi ini sudah boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store dan Google Play Store.

Share this post

scroll to top