Motosikal

HONDA BIGWING SETAPAK RASMI DIBUKA – JADI PELANGGAN & NIKMATI DISKAUN MENARIK

Boon Siew Honda (BSH) hari ini merasmikan pembukaan Honda BigWing Setapak, pusat jualan dan servis bagi motosikal berkuasa tinggi (250cc dan ke atas) jenama Honda yang pertama di Malaysia.

Bertujuan memenuhi permintaan pasaran yang pelbagai di Malaysia, Honda BigWing Setapak menampilkan rekaan dan susun atur moden.

Honda BigWing Setapak menawarkan ruang pameran, pusat servis, alat ganti dan aksesori, selain tempat istirahat untuk keselesaan pelanggan. Keseluruhan konsep pusat jualan dan servis itu direka khas untuk menyediakan ambien yang sofistikated dan premium kepada pelanggan.  

Memiliki keluasan 5,535 kaki persegi, ia dikendalikan oleh Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd. BSH dijangka membuka tiga lagi cawangan Honda BigWing di Pulau Pinang, Selangor dan Johor. 

Pelanggan yang membeli motosikal di Honda BigWing Setapak akan menerima Kad Ahli Honda BigWing secara percuma.

Setiap pemegang kad boleh menikmati diskaun minimun 10 peratus ke atas alat ganti, aksesori Honda tulen, pakej insurans khas serta khidmat nasihat daripada juruteknik yang berpengalaman.

“Para pelanggan BigWing juga akan diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti luar biasa yang dirancang khusus untuk pelanggan Honda BigWing.

“Kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang terbaru di luar jangkaan pelanggan. Kami juga bersedia untuk memberi keterujaan kepada pasaran,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Nobuhide Nagata.

Setapak dipilih sebagai pusat servis dan jualan Honda BigWing pertama di Malaysia berdasarkan lokasinya yang strategik. Selain asas pelanggan yang besar serta keyakinan BSH terhadap keupayaan Ee Tiong Motorsports dalam memenuhi kehendak pengguna.

Maklumat lanjut mengenai Honda BigWing Setapak, sila hubungi Ee Tiong Motorsports di talian 03-4023 6192, kunjungi mereka di No 384, 386, 388, 390, Jalan Pahang, Setapak, Kuala Lumpur atau layari:  www.facebook.com/pg/hondabigwingsetapak/

GALERI

Google ads
Back to top button