Motosikal

HONDA CB300F DILANCARKAN DI AS

Honda baru sahaja melancarkan model naked CB300F di pasaran Amerika Syarikat (AS), sekali gus menyertai model sebelum ini iaitu CBR300R. 

yamaha FBHonda-CB300F-mekanika (1)

Kedua-dua jentera sebenarnya sama dari segi gayaan dan reka bentuk. Cuma apa yang membezakan ialah fairing yang membalut CBR300R. Buat masa sekarang, jentera ini hanya hadir dalam warna merah.

Penampilan maskulin CB300F diserlahkan menerusi garis sisi pada tangki minyaknya. Sementara bahagian enjin dan radiator yang ditutup separuh membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya tidak akan tersilap dengan model CBR300R.

yamaha FBHonda-CB300F-mekanika (7)

CB300F dilengkapi konsol instrumen digital yang berfungsi memaparkan maklumat tunggangan kepada penunggang. Jentera ini dikuasakan oleh unit enjin empat lejang bersesaran 286cc. Enjin silinder tunggal dengan sistem pancitan bahan api dan penyejukan cecair itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

yamaha FBHonda-CB300F-mekanika (3)

Sebagai sebuah jentera street naked, CB300F menawarkan posisi tunggangan yang menegak dan lebih selesa untuk tempoh yang lama berbanding CBR300R. Kualiti tunggangan ditingkatkan lagi melalui penggunaan forks teleskopik pada roda hadapan dan jenis monoshock di belakang.

yamaha FBHonda-CB300F-mekanika (6)

Tugas memberhentikan jentera ini pula diserahkan kepada brek cakera tunggal bersaiz 296mm (hadapan) dan cakera brek 220mm di belakang.

yamaha FBHonda-CB300F-mekanika (8)

Memandangkan Thailand dan Indonesia pun masih belum melancarkan model ini, maka memang tiada sebarang berita bahawa CB300F akan mendarat di sini. Silap-silap mungkin tidak akan dilancarkan langsung berikutan pasaran Malaysia yang agak terhad.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button